Showing posts with label IHYA' 'ULUMIDDIN. Show all posts
Showing posts with label IHYA' 'ULUMIDDIN. Show all posts

Thursday, March 12, 2026

Ilmu Zuhud Bekal Zaman Akhir

 

Sahaya sudah mensyarahkan Kitab Zuhud (dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) sehingga khatam lebih kurang 10 tahun yang lalu. Semua rakamannya masih ada di yi u tiyub dan boleh diikuti semula pada bila2 masa. Ambillah ilmu2 yang ditinggalkan oleh mujaddid al-Imam al-Ghazali di dalamnya yang antaranya sangat bermanfaat kepada kelangsungan hidup kita di dunia ini khususnya dalam 7 tahun belakangan ini, dan lebih khususnya hari ini. Hidup zuhud tidaklah sesukar mana sekiranya kita punya sumber yang benar, guru yang benar, perkumpulan yang benar, ilmu yang benar, dan amal yang benar tentangnya. Akan datang fasa 7 tahun yang kedua pula. Teruslah gigit teguh2 dengan geraham akan ilmu as-sa’ah – warisan bersanad penuh daripada 4 fardhu agama (ad-diin) sebagaimana dalam hadith Jibril.

 

youtube.com/watch?v=jk1HpSswM5s&list=PLvBabKea6Qk_X4yqUn2wZXTkQmqjUbC-M 

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

11/3/26

Sunday, February 8, 2026

Ramadhan dan Kitab Imam al-Ghazali

 

Bulan Ramadhan menjelang tiba. Bagi yang mampu, ulang kajilah Kitab Hikmah Puasa (Kitab Rahsia Puasa) karangan al-Imam al-Ghazali di dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri darpada 40 buah kitab di dalamnya). Banyak hal2 penting yang bersifat lanjutan yang umumnya tidak terdapat dalam penulisan2 lain berkaitan Ramadhan dan ibadah puasa di dalamnya.

 

Bagi yang kurang mampu, bolehlah membacanya sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran umum secara keseluruhan. Di samping itu, cari2lah jika ada pihak2 yang mensyarahkan Kitab Hikmah Puasa ini atau sekurang2nya membacakannya, maka duduk2lah dengan mereka. Jika  tidak ada, mohonlah kepada para pengajar yang berdekatan dengan tempat anda untuk menyampaikan isi kandungannya walaupun sekadar selitan dalam kuliah2 mereka, mengikut kelapangan mereka.

 

Sekiranya kita yakin bahawa pengajar itu memang layak dari segi ilmu dan amalnya (sekalipun si pengajar tidak pernah mempelajari Kitab Rahsia Puasa ini sehingga khatam, tidak bersanad lengkap, dan tidak diamanahkan oleh gurunya untuk mengajarkan kitab ini) boleh sahaja kita ikuti.

 

Sekurang-kurangnya setahun sekali menjelang Ramadhan, kita ulang kaji atau ulang bacalah Kitab Hikmah Puasa di dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini. Kita jadikan amalan dan budaya.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

8/2/26

Sunday, January 18, 2026

Wahyu Sudah Tiada, Ladunni Masih Ada

 

Wahyu kepada para rasul sudah tidak datang lagi tetapi ladunni, ilham, busyro termasuklah mimpi2 yang benar masih datang. Ia selalu turun, banyak turun dan lama turunnya pada qalbu yang bersih. Pesawat akan turun mendarat di landasan yang bagus. Lagi bagus landasannya, lagi baguslah pesawat yang boleh turun mendarat. Lagi besarlah pesawatnya, lagi banyaklah pesawat2nya, dan lagi berhargalah isi kandungan pesawat tersebut.

 

Maka kita kenalah berusaha untuk membersihkan landasan, mencantikkan landasan, dan mengkualitikan landasan tempat pesawat2 bakal turun itu dari segi bahan2 binaannya, keselamatannya, lebarnya, panjangnya dsb. Landasan itu tidak lain ialah qalbu kita. Dan ilmu serta amal untuk untuk membaguskan landasan hati ini berada dalam tungku al-iman (TST – tasawuf, sufi, tariqah).

 

Semoga kita direzekikan oleh Allah ‘Azza wa Jalla akan terangkatnya tabir al-lauhul mahfudz selalu, banyak dan lama terangkatnya. Dan sekiranya kita tidak berpeluang, kita doakan dan usahakan agar anak cucu kita berpeluang.

 

-          Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-303 pada 10.1.26