Showing posts with label INTI KULIAH IHYA. Show all posts
Showing posts with label INTI KULIAH IHYA. Show all posts

Monday, October 20, 2025

Cara Membersih dan Menyucikan Qalbu

 

CARA MEMBERSIHKAN DAN MENYUCIKAN QALBU :

1.      Berdoa. Berdoa memohon kepada Allah agar Dia membuatkan hati kita bersih dan suci kepada hakikatnya hanya Dia sahaja yang punya kuasa untuk berbuat demikian. Selain daripada Dia, langsung tidak punya sebarang kuasa dan daya upaya. Dalam berdoa ada pengiktirafan dan pengagungan terhadapa Allah, serta ada merendah dirinya kita. Hal ini sangat disukai oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

2.      Berguru. Jika tidak berguru ilmu qalbu daripada guru qalbu, amat dikhuatiri akan bersangka2 sendiri dan mereka2 sendiri.

3.      Belajar. Belajar ilmu tentang qalbu daripada guru yang ahli tentang qalbu. Inilah ilmu a-ihsan/ tasawuf/ sufi.

4.      Amal. Amalkan apa yang dipelajari itu.

 

Berguru tapi tidak belajar = rugi. Belajar tapi tidak beramal = rugi.

 

Orang yang mahir dengan ilmu dan amal sifat2 mahmudah, insya-Allah suatu hari nanti dia akan mudah mengenal wali2 Allah. Orang yang mahir akan ilmu dan amal sifat2 mazmumah, isnya-Allah suatu hari nanti dia dapat mengenal orang2 munafik dengan mudah.

 

-          Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI 18.10.25

Suci Itu 4 Tingkatan

 

SUCI ITU TERDIRI DARIPADA 4 TINGKATAN :

a        Tingkat satu - mensucikan zahir diri (bahagian fzizikal diri yang luaran dan dalaman) daripada segala hadas, kotoran dan benda-benda yang menjijikkan.

b        Tingkat dua - mensucikan anggota badan daripada segala perbuatan jahat dan dosa.

c         Tingkat tiga - mensucikan hati daripada segala sifat yang tercela dan sifat-sifat rendah yang terkutuk. Ertinya berusaha membuang sifat2 mazmumah seperti dengki, sombong, berasa diri hebt, degil, pemalas dan sebagainya.

d        Tingkat empat - mensucikan sirr daripada sesuatu selain Allah Taala, iaitu bersucinya hati para nabi dan para siddiqin. Bahagian ini kupasannya lebih panjang dan mendalam.

 

DIRI YANG PERLU DISUCIKAN ITU TERDIRI DARIPADA :

1.      Jasad yang luaran seperti kulit dan rambut.

2.      Jasad yang dalaman seperti perut dan rongga tekak.

3.      Diri yang batin iaitu jiwa, hati, akal, qalbu.

 

-          Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI 18.10.25

Perkara2 Samiyat dan Keimaman Umat

 

MEYAKINI PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT DAN KEIMAMAN UMAT (nota drpd live streaming 28.9.25)

 

a)         Kita mestilah yakin sepenuh hati (100%) bahawa kebangkitan semula dan berkumpul di Mahsyar itu memang ada.

 

b)         Pertanyaan oleh malaikat Munkar dan Nakir itu memang ada.

 

c)         Alam barzakh, kesenangan kubur dan azab kubur itu memang ada.

 

d)         Timbangan amal itu memang ada.

 

e)         Titian lintasan di atas neraka jahannam itu memang ada.

 

f)          Jannah dan naar (syurga dan neraka) itu memang ada, dan kedua-duanya adalah makhluk Allah.

 

g)         Imam agung kaum muslimin selepas Rasulullah saw ialah Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali.

 

h)         Kelebihan (keafdhalan) para sahabat yang empat itu adalah mengikut turutan nama mereka dalam memegang jawatan khalifah.

 

i)          Pada dasarnya syarat-syarat untuk menjadi imam kaum muslimin itu sekurang-kurangnya ada 5 perkara iaitu lelaki, wara’, berilmu, ada kemampuan dan berasal daripada suku Quraisy.

 

j)          Ada kalanya perlantikan imam itu tidak semestinya mencukupi kesemua syarat. Hal ini kerana jika tidak dilantik, akan berlakulah huru-hara yang lebih teruk.