Pengalaman merawat - Memang banyak orang yang mengiye-iyekan tetapi sebenarnya sekadar di mulut dan tidak jatuh ke hati mereka pun. Banyak pesakit dan keluarga pesakit tak percaya aau sangat kurang percaya pun bahawa dengan mengakui kesilapan, bertaubat bersungguh2 dan berusaha membuat pembetulan itu - dengan izin Allah dapat menjadi asbab kepada kesembuhan penuh atau kesembuhan sebahagian. Wajah masing2 tak berapa nak cerah apabila kita terangkan dan anjurkan hal2 seperti ini. Padahal sudah beberapa kali kita berpengalaman bertemu dengan kesembuhan2 yang luar biasa sebegitu. Rezeki daripada Allah boleh sahaja dikurniakannya mengikut kehendak-Nya kepada sesiapa sahaja yang dimahukan-Nya.
Tetapi... mereka lebih yakin apabila kita menggayakan tarikan, sembelihan dan bakaran dari jauh. Lagi cantik bunga silat kita, lagi kuat yakin mereka. Nampak cerah muka. Lebih2 lagi apabila kita kaitkan dengan sihir, pengamal sihir, jin, saka dan yang ghaib2. Itulah yang dimahu. Dan lebih lebih lebih lagi apabila jin atau jin2 yang berkaitan pandai pula berlakon kesakitan, kepanasan, menderita, terputus kaki tangan, tersembelih, mati, berhijrah keluar dan sebagainya. (*Tidak dinafikan ada keadaan2 sedemikian yang benar2 berlaku, tetapi dalam penulisan ini kita contohkan keadaan2 yang tidak benar sahaja)
Dulu2 (belasan tahun yang lalu) ada kenalan perawat yang agak nakal. Kadang2 dia fed-up (betul ke istilah ni?) dengan pesakit dan keluarga pesakit yang pandang remeh akan hal ini, untuk sekadar memuaskan hati mereka, dibuatnyalah segala jurus bersilat (fire, ala Street Fighter, ala Naruto, ala kamehameha) dan seumpamanya. Maka senanglah hati mereka lalu pulanglah mereka. Selamat dia daripada kena berceramah dan kena bertekak berpanjang2. Apa yang mereka mahu, berikan yang mereka mahu itu. Selesai.
*Orang2 yang tidak percaya, susahlah hendak mendapat. Orang2 yang percaya2, insya-Allah lebih cerah peluang untuk mendapat walaupun tidak semestinya mendapat.
23/5/23
No comments:
Post a Comment