Apabila berbual dengan sebahagian daripada anggota masyarakat, memang terasa sangat risau akan pemahaman mereka tentang redha, berserah, tawakkal.
Sekadar contoh (sudah diubahsuai daripada situasi sebenar dalam perbualan2 tersebut) :
1. Jika ada ahli keluarga mereka yang jatuh ke sungai dan lemas, dan mereka sebenarnya punya peluang untuk menyelamatkan si mangsa sekiranya mereka cuba bergerak laju sedikit, cuba meredah semak-samun, cuba capai ranting kayu, cuba masuk sikit ke sungai separas pinggang, cuba hulurkan kayu kepada mangsa agar mangsa dapat berpaut, tetapi... mereka enggan melakukan hal itu semua lalu memilih untuk melihat dan berdoa dari sejauh 10 meter. Bagi mereka itulah namanya berserah kepada Allah dan redha.
2. Jika ada dua orang cuba menculik anak isteri mereka, mereka hanya berdiri setempat sambil mengatakan, "Jangan datang ke mari! Janganlah ganggu kami!" Setakat itu sahaja. Lalu anak isteri mereka pun diambil orang. Padahal mereka boleh sahaja cuba menjerit meminta tolong, cuba melarikan diri sebelum para penculik betul2 tiba di depan, cuba pakat kutip batu beramai2 dan baling ke arah penculik, cuba cari kayu2 di sekeliling sebagai senjata dan sebagainya yang membuatkan mereka berpeluang cerah untuk selamat. Namun bagi mereka itulah namanya bersangka baik dengan ketentuan Allah dan bertawakal.
3. Jika kawanan serigala sering datang membaham kambing2 di ladang, mereka hanya menyiapkan seorang sebusur panah dan sejumlah anak panah. Setakat itu sahaja usaha dan ikhtiar mereka. Lalu saban hari ada sahaja kambing2 yang hilang. Jika bukan ladang A, ladang B atau ladang C yang kena. Padahal mereka boleh sahaja berusaha dan berikhtiar untuk cuba duduk semeja antara tuan2 ladang, cuba bermusyawarah, cuba jalin kerjasama, cuba buat rondaan mengikut giliran, cuba upah pemburu, dan sebagainya. Namun bagi mereka, yang setekat mereka usahakan itu namanya yakin dengan qada' dan qadar, sabar dan kuat iman.
Semakin mencapai puncaknya zaman akhir, semakin lain macam jadinya. Wallahua'lam.
13/5/23
No comments:
Post a Comment