Showing posts with label KITAB PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label KITAB PERKAHWINAN. Show all posts

Thursday, June 1, 2023

Kebanyakan Punca Masalah Rumahtangga

 

Punca KEBANYAKAN masalah dalam rumahtangga muslim sebenarnya bermula daripada diri sendiri iaitu apabila :

i) SALAH SEORANG tidak mahu ikut aturan dan ketetapan agama, atau

ii) KEDUA-DUANYA tidak mahu ikut aturan dan ketetapan agama.


Jika kedua2 belah pihak akur sahaja dengan aturan dan ketetapan agama, insya-Allah sejahtera. Masalah timbul apabila kita hanya mahu akur dengan aturan dan ketetapan agama YANG SEDAP BUAT DIRI KITA sahaja. Apabila sesuatu aturan dan ketetapan agama itu tidak sedap dengan diri kita, maka kita tidak mahu akur, tidak mahu ikut dan tidak mahu terima.


Contohnya :

Agama mengajarkan kita mesti lengkapkan solat fardhu yang lima tapi kita remehkan kerana ia tidak kena dengan kehendak hawa nafsu kita. Maka akan datanglah masalah.

Agama mengajarkan kita mesti menutup aurat dengan sempurna tapi kita ketepikan kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita. Maka akan timbullah masalah.

Agama mengajarkan kita agar tidak menunjuk-nunjuk, berbangga-bangga, dan bertabarruj tapi kita abaikan kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita.

Agama mengajarkan kita bahawa suami kena membimbing isterinya dalam hal ehwal agama atau mengusahakan agar isteri dapat belajar ilmu2 agama tetapi kita buat tak endah kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita.

Agama mengajarkan kita bahawa isteri kena patuh dengan pimpinan suami, suami pula kena memimpin isteri dengan benar tetapi kita buat tak hirau kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita.


Mana yang selari dengan kehendka hawa nafsu kita, kita pertahankan dan perjuangkan,

Mana yang tak selari dengan kehendak hawa nafsu kita, kita cari jalan nak tolak.


Maka ikut sahajalah apa jua aturan dan ketetapan agama, sama ada dalam hal yang kehendak hawa nafsu kita setuju atau dalam hal yang kehendak hawa nafsu kita tidak setuju. Insya-Allah bahagialah.


1/6/23

Laman Debunga Teratai Syurgawi

Sunday, May 14, 2023

Suami Isteri Kena Ada Tasawuf Rumahtangga

 

ABC : Daku sudah berguru Kitab Nikah (dalam kitab induk Ihya' Ulumuddin) hingga khatam lalu aku pun mendirikan rumahtangga. Tapi suasana rumahtanggaku masih sangat jauh daripada yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dalam Kitab Nikah itu. Rumahtanggaku sering bermasalah, lebih2 lagi dari segi hati kalbu. Di manakah antara puncanya?

XYZ : Antara yang mungkin, adakah pasanganmu juga sudah belajar Kitab Nikah itu?

ABC : Tidak. Pasangangku belum belajar Kitab Nikah sebelum kami mendirikan rumahtangga.

XYZ : Selepas berumahtangga?

ABC : Tidak juga.

XYZ : Adakah engkau sudah menyampaikan pelajaran2 Kitab Nikah itu kepada pasanganmu? Sekiranya engkau mampu, sediakan waktu2 tertentu mengikut jadual lalu engkau sendiri sampaikan kepada pasanganmu akan isi kandungan Kitab Nikah itu walaupun secara ringkas sahaja.

ABC : Aku tidak pandai mengajarkan kitab. Maka aku sekadar sesekali berkongsi sikit, sambil2.

XYZ : Jika begitu, sangat bagus untuk engkau bersama2 pasangamu menonton semula syarahan Kitab Nikah itu melalui internet dari awal sehingga khatam. Sepakati akan masanya dan tonton bersama-sama. Insya-Allah akan merasai perubahannya.


*Memanglah pelbagai masalah akan datang, lebih2 lagi pada kemudian hari jika hanya salah seorang sahaya yang ada ilmu, ada amal, ada faham dan ada sedar. Dalam berumahtangga ini ada fiqhnya, ada usulnya dan ada tasawufnya. Tasawuf berumahtangga ini yang paling kurang diambil berat.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

14/5/23

Thursday, September 14, 2017

Siri Audio Syarahan Kitab Perkahwinan daripada Ihya Ulumuddin

Siri Audio Syarahan Kitab Perkahwinan daripada kitab induk Ihya Ulumuddin

1. Jom Kenal Kitab Perkahwinan
https://www.youtube.com/watch?v=mmQysTDJL-Y

2. Kahwin atau Tidak?
https://www.youtube.com/watch?v=EhIZa1qXnSM

3. Keajaiban Kejadian Keturunan Manusia
https://www.youtube.com/watch?v=1uuKZRpgJ2g

4. Perkahwinan dan Rahsia Takdir
https://www.youtube.com/watch?v=JbKEaHLdtY0

5. Keutamaan Meneruskan Zuriat Keturunan Manusia
https://www.youtube.com/watch?v=b5Th_OgwgUI&t=1s

6. Menolak Godaan Nafsu Syahwat
https://www.youtube.com/watch?v=x8aB8qf3vuM&t=3s

7. Memelihara Diri
https://www.youtube.com/watch?v=YSajqodHrqY&t=3s

8. Wanita Solehah Sebagai Isteri
https://www.youtube.com/watch?v=bH9VwHiI0y4&t=16s

9. Perjuangan dalam Perkahwinan
https://www.youtube.com/watch?v=2TWiqetLYiw

10. Risiko Alam Perkahwinan
https://www.youtube.com/watch?v=_mBiqXfo52k

11. Engkau Elok Berkahwin ke atau Elok Membujang?
https://www.youtube.com/watch?v=5Z0yEs5BPfs

12. Ilmu Pernikahan
https://www.youtube.com/watch?v=NJw2eO1KjOk

13. Ciri-ciri Calon Isteri
https://www.youtube.com/watch?v=6-LkNUEmygs

14. Ciri-ciri Calon Isteri (bah. 2)
https://www.youtube.com/watch?v=Z_CJvACePOI

15. Ciri2 Calon Isteri (bah. 3 - Tamat)
https://www.youtube.com/watch?v=sF9m9UrUVUI

16. Adab2 Suami (Tanggungjawab Suami)
https://www.youtube.com/watch?v=PSCvpSo5N_0

17. Adab2 Suami (bah. 2)
https://www.youtube.com/watch?v=ZwggVqezz4g

18. Adab2 Suami (bah. 3)
https://www.youtube.com/watch?v=le5JienSOIU

19. Adab2 Suami (bah. 4)
https://www.youtube.com/watch?v=mTDpEo_eIvg

20. Adab2 Suami (bah. 5)
https://www.youtube.com/watch?v=-YoA7r4xxFc

21. Adab2 Suami (bah. 6)
https://www.youtube.com/watch?v=dPPUooEHQKo

22. Adab2 Suami (bah. 7)
https://www.youtube.com/watch?v=D6SMfFr0Ei4

23. Adab2 Suami (bah. 8) Tamat
https://www.youtube.com/watch?v=INRE6-2OUsw

24. Hak-hak Suami Isteri
https://www.youtube.com/watch?v=E_zaFpBNLhk

25. Adab2 Seorang Isteri
https://www.youtube.com/watch?v=sWPZ-zZjwDY

26. KHATAM KITAB PERKAHWINAN
https://www.youtube.com/watch?v=K3tBYA4dbLA