Ingat lagi cerita burung tempua dan sarangnya yang sahaya kongsikan pada 20 Mei 2023? Penulisan tersebut boleh dibaca di https://alexanderwathern.blogspot.com/2023/05/tiba2-fb-pak-long-abu-zulfiqar-aktif.html .
Anak2 burungnya ada dua ekor, sudah besar dan bebas terbang riang ke sana sini. Pada waktu malam mereka dan ibu mereka masih tidur di sarang yang sama. Mungkinlah kerana burung ini tidak aktif atau matanya kurang nampak pada waktu malam (agak sahaya le), ia tidak lari ketika kita mendekati dan boleh menyentuh paruhnya. Tetapi selepas matahari terbit, jika kita agak mendekat, ia akan terbang pergi. Mereka terbang di dekat2 situ juga.
Pada waktu siang, kadang2 sahaya mandikan anak2nya ketika mereka bermain2 di pokok2 bunga di depan rumah. Sambil2 kita siram pokok, kita siram banyak2 ke pokok2 bunga tempat mereka berada. Mereka pun tak lari. Mungkin seronok mandi "hujan". Tambah2 pada musim panas sekarang.
Masa mula2 ia buat sarang dulu, si ibu ada pasangannya. Jika kita mendekati sarangnya, si bakal ibu akan terbang menjauh dan berbunyi2. Sebentar kemudian akan datang seekor lagi. Tapi sekarang sudah tidak terperasan kehadirannya lagi.
Yang sahaya perhatikan, ibu burung itu biasanya berbunyi, "Chuwit! Chuwit! Chuwit!" manakala anak2 burung pula bunyinya, "Chiip! Chiip! Chiip!" Entah apalah zikir mereka.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
23/6/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment