Friday, June 16, 2023

Entah Siapa yang Salah

 

Empat orang hamba Allah iaitu (bukan nama sebenar) Ariz, Syukur, Ayu dan Ita menggesa (mengejan2) kita supaya bersetuju untuk menyertai satu skim pelaburan yang mereka sertai dan mereka promosikan.


"Pelaburan ini sangat bagus. Setahun 4 kali sahaja dibuka (iaitu pada awal Januari, April, Julai dan Oktober). Memang RUGI BESAR lagi KURANG BIJAKlah sesiapa yang tidak mengambil peluang ini. Engkau jangan terlepas untuk menyertainya. Insya-Allah kita tidak akan terkena ketidakcukupan belanja bulanan dan tidak akan menyusahkan orang lain. Yakin dan tawakallah!"


Namun kita terpaksa menolak kerana ada hal2 yang kurang jelas, tidak jelas, dan tidak beres. Mereka sendiri pun sering kali tidak tahu dan tidak pasti apabila kita menyoal lebih lanjut. tetapi mereka lebih mahukan kita asal percaya sahaja lalu menurut. Oleh kerana kita memilih untuk tidak mahu terlibat, akhirnya terus mereka seolah2 bersepakat pula bermasam muka dengan kita dan menjauhi kita. Seolah-olah bermusuh dengan kita pula. Tak mengapalah.


PERJALANAN PELABURAN


1. Maka pada bulan Januari, mereka pun masuk skim tersebut. Bukan main gembira nampaknya. Bergambar di sana-sini dan buat posting2 kejayaan di media2 sosial.


2. Pada bulan April, mereka tambah masuk lagi. Lagi hebat kegembiraan, gambar2 kejayaan dan posting2.


3. Tetapi pada bulan Julai? Mereka nampak senyap tiba-tiba. Tiada lagi gambar2 kejayaan dan posting2 kegembiraan. Ada khabar-khabar angin mengatakan mereka sudah tidak masuk lagi melainkan Ayu seorang.


4. Bulan Oktober? Pun mereka tidak masuk. Khabar2 angin mengatakan semua sudah tidak masuk.


5. Bulan Januari seterusnya? Senyap terus! Seolah2 mereka tidak pernah masuk.


Tetapi nampaknya macam belanja bulanan mereka tidak cukup pun, malah kesihatan dompet dan poket mereka makin merosot dari bulan ke bulan hingga ada yang terpaksa menyusahkan orang lain.


Kita pula belanja bulanan sekadar cukup2 dan kadang2 tidak cukup. Teringin jugalah hendak menambah. Lalu terfikir jugalah kalau2 hendak cuba menyertai skim pelaburan yang mereka bersungguh promosikan itu. Tetapi jika benarlah dengan menyertainya boleh MENGUNTUNGKAN lagi BERMANFAAT dan membuatkan belanja bulanan kita sentiasa cukup, mengapa mereka tidak melabur lagi bagi kali ke-3, ke-4, ke-5, ke-6 dan seterusnya? Pelik juga!


PENCARIAN MAKLUMAT


Kita pun hantar mesej untuk bertanya, ""Engkau masuk melabur lagi ke?"

Jawab Ariz ringkas, "X dah." Itu sahaja.

Jawab Syukur, "Dah stop." Itu sahaja.

Jawab Ayu, "Entahlah..." Itu sahaja.

Ita pula, hanya baca mesej tanpa membalasnya,


Kita pun bertanyalah lagi , "Mengapa tak terus masuk melabur? Sebenarnya melabur dengan skim itu bagus ke tidak? Atau macam mana?"

Ariz, Syukur dan Ayu hanya buka dan baca mesej tetapi tidak membalasnya. Ita pula langsung tidak buka dan baca. Kita pun tidaklah bertanya lagi. Apabila bertemu pun mereka mengelak daripada berbicara hal tersebut.


YANG SEPATUTNYA


Sekiranya hal itu memang banyak BAGUS dan memang terbukti banyak bagus, sepatutnya :

1. mereka teruslah promosi tunjukkan kegembiraan, kongsikan gambar2 kejayaaan di serata media sosial sebagaimana kali pertama melabur untuk pelaburan kali ke-4, 5 dan seterusnya.

2. mereka buktikanlah dengan kesihatan dompet dan poket mereka yang stabil atau lebih baik lagi.

3. mereka teruslah melabur bagi kali ke-3, ke-7, 8 dan seterusnya secara istiqamah.


Tetapi sekiranya hal itu memang banyak TIDAK BAGUS dan terbukti banyak tidak bagus, sepatutnya :

1. mereka bersungguh2lah buat promosi kesedaran agar orang2 lain yang belum terjebak agar tidak terjebak sama. Bantulah orang2 lain.

2. mereka berusaha untuk membantu, menyedarkan dan menyelamatkan orang2 yang masih melabur dan akan terus melabur. Kasihani dan bantulah mereka.

3. mereka kena meminta maaf (dan sekiranya mampu kena membayar gantirugi) kepada orang2 yang turut terjebak disebabkan kita (sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung seperti suruhan, gesaan, pelawaan, terinspirasi dan sebagainya)

4. mereka sepatutnya berbaik2 dengan kita dan bukannya terus bermasam muka, menjauh diri daripada kita dan seolah2 masih bermusuh dengan kita. Apa salah kita? Pada bahagian mana yang kita ada buat salah kepada mereka?


Begitulah... kadang2 situasinya pelik hinggakan tak terhurai kita.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

16/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: