Kisah2 contoh rekaan, bukan betul2... 6 orang sahabat yang merupakan ahli seni beladiri bersepakat untuk mencari dan menguasai satu ilmu yang sukar diperolehi lagi iaitu ilmu tempur parang lading. Cari punya cari, terdengarlah di telinga mereka bahawa ada seorang pakar ilmu tempur parang lading bernama Tok Puat di sebuah desa. Mereka pun pergilah ke desa tersebut.
Setibanya mereka ke gelanggang kecil Tok Puat, mereka pun berkenal-kenalan dan bersoal-jawab. Kemudian mereka pun kembali dan berbincang sesama mereka. Ternyata Tok Puat tidak ada PHD dalam seni beladiri, bukan lulusan Bukit Seguntang yang menjadi kiblat para ahli seni beladiri, tiada title mahaguru, tidak ada 100,000 followers, naik kereta bukan yang berharga ratusan ribu, tiada sebarang jawatan rasmi dalam seni beladiri dalam negara dan antarabangsa, dan tidak masyhur dalam kalangan tokoh2 berjawatan. Yang Tok Puat ada ialah ada ilmu, kemahiran, sanad perguruan, petua2 dan rahsia2 dalam penggunaan dan permainan parang lading sahaja.
Oleh sebab itu Mie dan Ijan tidak mahu berguru dengan Tok Puat. Empat orang lagi iaitu Udi, Peter, Ah Wai dan Selvam sahaja yang mahu berguru, di samping mereka semua berguru juga juzuk2 seni beladiri lain dengan guru2 yang lain.
@@@@@@@@@@
Sudah 10 tahun berlalu.......... Mie dan Ijan masih belum dapat ilmu parang lading. Padahal sahabat mereka iaitu Udi, Peter, Ah Wai dan Selvam pada tahun pertama lagi sudah berguru dengan Pak Puat akan ilmu parang lading, siap dengan ijazah, sanad, petua2 dan rahsia2nya. Kitab ilmu parang lading pun dikupas terperinci oleh Tok Puat kepada mereka. Selepas 2 tahun, mereka berempat pun diangkat sebagai jurulatih. Selepas 4 tahun, Udi dan Peter diangkat sebagai guru. Dan kini Udi diangkat pula sebagai pewaris utama.
Mie dan Ijan? Mereka berguru dengan puluhan guru terkenal yang lain tetapi masih belum memperolehi ijazah, ilmu, sanad, petua2 dan rahsia2 parang lading yang sangat mereka idam2kan.
Kata Tok Puat dulu :
Mahu ilmu bergusti? Silakan bertemu dengan sahabat saya Grand Master Ken. Tetapi di sana tak adalah ilmu parang lading.
Mahu ilmu memanah? Silakan berguru dengan guru saya Master Sulaiman Akhlakhen. tetapi padanya tiadalah ilmu parang lading.
Mahu ilmu MMA? Silakan ke tempat adik ipar saya Guro Del Prado. Tetapi di situ tiadalah ilmu parang lading.
Mahu ilmu permainan harimau? Silakan ke wilayah murid saya dalam Silat Pucuk Bemban kerana dia juga mahaguru dalam Silat Harimau iaitu Bapak Guru Arif. Tetapi tak dapatlah ilmu parang lading.
Mahu ilmu tempur tangan kosong dan pedang? Jumpalah jiran saya Sifu Wong. Cuma tiadalah ilmu parang lading.
Begitulah kata Tok Puat dalam sembang2 mereka pada awalnya dulu.
Mengapa begitu? Kerana ilmu parang lading hanya ada pada Tok Puat dan satu dua orang sahaja lagi dalam dunia ini.
@@@@@@@@@@
Samalah halnya dengan sekumpulan pemuda yang mencari ilmu Tarekat Junaidiyah. Di negeri mereka di barat Kalimantan ada guru pewaris Tarekat Junaidiyah iaitu Bapak Sumait. Mie dan Ijan mahu mendapatkan ilmu2 Tarekat Junaidiyah tetapi mereka tidak mahu berguru dengan Bapak Sumait kerana Bapak Sumait tiada PHD hanya ijazah, tiada berjawatan hanya guru kanak2 mengaji Quran, tiada ramai pengikut melainkan t40 orang, bukan lulusan Timur Tengah melainkan pada masa mudanya belajar dengan mengembara mencari guru dari desa ke desa, tidak masyhur melainkan di desanya dan desa2 sekitarnya, dan sebagainya.
Setelah 10 tahun berlalu.......... walaupun Mie dan Ijan sudah berguru dengan puluhan guru agama yang masyhur2, namun masih belum dapat ilmu, amalan2, ijazah, sanad, petua2 dan rahsia2 Tarekat Junaidiyah. Padahal sahabat mereka Udi, Peter, Ah Wai dan Selvam pada tahun pertama lagi sudah berguru dengan Bapak Sumait akan ilmu dan amal, siap dengan ijazah, sanad, petua2 dan rahsia2 Tarekat Junaidiyah. Selepas 2 tahun, mereka berempat pun diangkat sebagai pembantu guru. Selepas 4 tahun, Udi dan Peter diangkat sebagai muallim. Dan kini Udi diangkat pula sebagai pewaris utama.
@@@@@@@@@@
Umumnya pada 10 orang jeneral mungkin ada kemasyhuran, kemegahan dan pelbagai ilmu tinggi dalam ketenteraan tetapi ilmu sniper, ilmu tempur pisau, ilmu penyamaran, ilmu intelijen, atau ilmu mematikan bom tetap ada pada ahli2nya walaupun mereka sekadar berpangkat sarjan, kapten, mejar dan sebagainya. Kemungkinan besar pak jeneral pun tak berani untuk mematikan bom berkuasa besar yang melekat pada tubuh seorang tebusan.
Mencari ilmu yang dikehendaki itu biarlah kena dengan tempatnya. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak akan terjumpa dan tidak akan memperolehinya.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
29/6/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment