Wednesday, June 7, 2023

Kefakiran Mendekati Kekufuran

 

Kefakiran MENDEKATI kekufuran.

Sememangnya kefakiran, kemiskinan,

ketidakcukupan, kesukaran mendapatkan -

boleh mendekatkan manusia kepada kekufuran.


Jika diberi pilihan antara kufur atau fakir,

ada orang2 yang akan lebih memilih kufur,

kerana mereka sangat takut akan fakir

mengalahkan takut akan kufur.

Dulu2 sudah ramai, zaman akhir lagi ramai.


Jika diberi pilihan

antara mahu menjadi wali Allah

tetapi dibenci, dipulaukan, didiskriminasi,

dan dikeji oleh orang ramai

ATAU mahu menjadi orang biasa2

yang tak cukup solat puasanya

tetapi disukai, diterima dan dipuja puji oleh orang ramai,

banyak orang akan pilih jadi orang biasa.

Kerana mereka tidak dapat bertahan

dengan bencian, pemulauan, diskriminasi dan kejian.


Biasanya orang2 yang dalam kekurangan

lebih mudah terdesak

berbanding orang2 yang tidak kekurangan.

Keadaan kekurangan dan terdesak itu

membuatkan mereka lebih berisiko

untuk melakukan hal2 yang bertentangan dengan agama.

Yang lebih penting bagi mereka

adalah terlepas daripada kekurangan, kefakiran, kemiskinan,

ketidakcukupan, dan kesukaran mendapatkan.


Semoga Allah tetapkan keimanan, pendirian dan perjuangan kita

sekalipun kita diuji hebat

dengan kekurangan, kefakiran, kemiskinan,

ketidakcukupan, dan kesukaran mendapatkan.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

7/6/23

No comments: