Wednesday, June 7, 2023

Tafsir Mimpi Membunuh Orang Tidak Dikenali

 

PERTANYAAN TENTANG MIMPI : Ada seorang hamba Allah menelefon sahaya dan bertanyakan tentang maksud mimpinya. Secara ringkasnya, dalam mimpi itu dia membunuh seseorang yang tidak dikenalinya dengan begitu bersungguh-sungguh. Kemudian pihak polis datang lalu mimpi pun tamat.


JAWAPANNYA :


Membunuh orang yang tidak dikenali = maksudnya ada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada diri sendiri, atau menganiaya diri sendiri, atau menzalimi diri sendiri.

Membunuh orang itu dengan teruknya = ertinya kesan perbuatan itu kepada diri sendiri adalah sangat besar.

Polis = ertinya tentera Allah, malaikat, dalam hal ini khususnya Malaikat Maut.

Polis datang = ertinya hampir dikunjungi maut, hampir meninggal dunia, di ambang kematian.

Yang datang itu ialah polis = maksudnya perbuatan tersebut adalah salah di sisi Allah dan agama.

Mimpi terhenti ketika polis datang = maksudnya terselamat daripada maut, ditangguhkan lagi kematian, dipanjangkan lagi umur.


Sekiranya ada darah orang yang terbunuh = maksudnya dapat rezeki yang jarang2 diperolehi.

Sekiranya darah itu terkena pada si pembunuh = ertinya dapat duit yang jarang2 diperolehi.


MAKSUD SEPENUHNYA :


Maka maksud mimpi itu... anda ada melakukan sesuatu perkara yang tidak bagus kepada diri sendiri. (Contohnya melakukan work out yang ekstrem, memasukkan sesuatu yang berbahaya ke dalam tubuh badan, bermain dengan sisa radioaktif dsb). Sebagaimana bersungguh2nya anda membunuh orang yang tidak dikenali itu, sebegitulah besarnya masalah atau kesan atau akibat yang anda lakukan itu terhadap diri sendiri. (Sekiranya orang yang dibunuh itu memang wujud dalam kehidupan realiti dan memang anda kenal, maka takwil mimpi ini akan berlainan maksudnya)


Hal itu hampir2 membuatkan anda meninggal dunia. Seolah2nya malaikat maut (disimbolkan sebagai polis) "sudah datang mencari" tetapi anda akhirnya masih diberikan penangguhan (apabila mimpi terhenti sebelum pihak polis menemui anda).


Sekiranya daripada tubuh rang yang dibunuh itu ada keluar darah, ertinya dalam tempoh itu anda masih diberi rezeki tertentu. Apa bentuk rezekinya tidaklah dapat dipastikan tetapi rezeki istimewa itu jenis yang tidak selalu anda dapat. (Contohnya dapat anak, dapat duit "terpijak", berkahwin lagi dsb)


Sekiranya darah orang yang dibunuh itu ada terkena badan anda, ertinya dalam tempoh itu anda ada mendapat sejumlah wang lebih daripada biasa yang anda dapat. (Contohnya dapat wang hadiah, wang tunggakan, wang durian runtuh dsb). Wallahua'lam.


7/6/23

No comments: