Friday, June 16, 2023

Ilmu Yang Paling Lazat

 

Menurut Imam al-Ghazali, ilmu yang paling lazat ialah ilmu berkaitan dengan Allah (ringkasnya mengenal Allah). Tetapi banyak manusia dan jin tidak sempat merasa kelazatannya dalam hidup mereka yang sementara di dunia ini. Antaranya kerana :

i) ada yang tidak tahu kewujudan ilmu ini.

ii) ada yang tahu kewujudannya tetapi tidak tahu betapa penting, berrharga dan lazatnya lalu mereka tidak mengambil berat tentangnya.

iii) ada yang mengambil tahu tentangnya tetapi sangat sedikit, belum sempat sampai ke peringkat menikmati kelazatannya lalu mereka berlegar2 di sekitar itu sahaja.

iv) ada yang disibukkan okeh pihak lain atau menyibukkan dirinya sendiri dengan ilmu2 lain hingga tidak sempat untuk mendapatkan ilmu ini dan kelazatannya.


Berkata al-Imam, "Ilmu yang paling lazat ialah ilmu yang berkaitan dengan Allah Taala, sifat-sifat-Nya, af'al-Nya dan pengaturan-Nya dalam kerajaan-Nya." - Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Cinta Allah


Sebanya mana kita mengetahui, mengenali dan seterusnya mencintai Allah dengan benar, "sedekat" itulah kedudukan kita di akhirat nanti. Umumnya "dekat" itu ertinya kedudukan kita di dalam jannah (syurga) nanti. Lagi "dekat" (tahu, kenal dan cinta) dengan-Nya, lagi tinggilah kedudukan kita dalam tingkat2 syurga.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

16/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: