Thursday, June 1, 2023

10 Tazkirah Pendek AZA (Himpunan Jun 2023) siri 1

 

1. Biasanya orang yang menganiaya akan berlagak penyabar, budiman dan beriman berbanding orang yang dianiaya yang kelihatan tertekan. Jangan mudah terpedaya.


2. Orang yang tak sibuk dengan perjuangan akan terdorong untuk bersibuk2 dalam hal2 remeh atau hal2 kecil tapi dipandangnya sebagai amat besar.


3. Peluang yang baik boleh datang banyak kali tapi peluang TERbaik 1 kali sahaja. SEbab itulah ada perkataan TER.


4. Ilmu2 al-iman luruskan amal akal, ilmu2 al-islam bagi amal anggota, ilmu2 al-ihsan bagi amal hati, dan ilmu2 al-saah bagi amal persediaan & tindakan.


5. Hendak melorongkan yang tersalah ilmu makrifah kembali kepada ASWJ adalah lebih susah daripada hendak melorongkan bukan muslim kepada Islam.


6. Untuk berjaga2 dan sejahtera dalam memaham kata2 pendek, biasakan letak perkataan "umumnya" di hadapan dan perkataan "sebagaimana R4S" di belakang.


7. Banyak juga orang yang kita lihat macam sempit kewangan tetapi bab berhibur, berpesta & berkeramaian, mereka mampu pula.


8. Impian orang2 bijaksana - anggota badan yang sihat, akal fikiran yang tenang, hati perasaan yang SENTIASA BERSAMA2 ALLAH.


9. Selalu berlaku - waktu kita sedang berseronok itu kita sedang lupa akan Allah, dan waktu kita sedang lupa akan Allah itu kita sedang berseronok. Semoga Allah pilih kita untuk sentiasa ingat akan Dia pada waktu kita sedang berseronok atau pada waktu kita sedang tidak berseronok.


10. Apabila kita kongsi atau promosi hal2 yang benar, secara tidak langsung kita juga sedang berusaha menenggelamkan hal2 yang tidak benar. Maka kita banyak2lah kongsi dan promosi hal2 yang benar.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

FB Pak Long Abu Zulfiqar

No comments: