Ada seorang hamba Allah bertanya tentang amalan membaca Al-Quran dalam Tarekat Ghazaliyah. Jika dalam Ikhwanul Muslimin, anggota2nya disarankan agar mengkhatamkan Al-Quran sebulan sekali. Bagaimana pula dalam Tarekat Ghazaliyah? Dia bertanyakan soalan ini kerana di tempatnya (tempat tertentu di Indonesia) dilihatnya ajaran2 keruhanian di sana termasuklah ada juga yang namanya tarekat tetapi sangat kurang menitikberatkan pembacaan Al-Quran.
JAWAPANNYA : Memang benar bahawa pengasas Ikhwanul Muslimin iaitu Hasan al-Banna sangat menyarankan hal tersebut dengan katanya, "Hendaklah saudara mempunyai wirid tertentu daripada Al-Quran, iaitu tidak kurang satu juzuk setiap hari. Hendaklah saudara mengkhatamkan Al-Quran tidak lebih daripada masa satu bulan dan tidak kurang daripada tiga hari."
Bagaimana pula dalam Tarekat Ghazaliyah? Hal ini boleh dirujuk dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Adab Tilawah Al-Quran. Kita ringkaskan - Imam al-Ghazali juga MENYARANKAN (bukan mewajibkan) agar dikhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sebulan sekali. Dan itu merupakan bacaan yang paling sedikit. Ertinya, seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah memang dianjurkan dan kena berusaha dan berikhtiar untuk mencapai pembacaan Al-Quran sebanyak satu juzuk sehari. Memang sebeginilah amalan kami dari segi tilawah Al-Quran.
Bagi pengamal jenis 'abid iaitu mereka yang LEBIH memberi tumpuan (tanpa meninggalkan yang lain) kepada membanyakkan amal ibadah, Imam al-Ghazali menyarankan berusaha mengkhatamkan Al-Quran seminggu dua kali (kerana mereka punya lebih masa).
Bagi pengamal jenis 'alim iaitu mereka yang LEBIH memberi tumpuan kepada ilmu2 agama dan menyampaikan agama, hendaklah berusaha mengkhatamkan Al-Quran seminggu sekali (kerana mereka kurang sedikit masa).
Bagi pengamal yang perlu banyak berinteraksi dengan Al-Quran dari segi mengkaji atau meneliti, hendaklah berusaha mengkhatamkan Al-Quran sebulan sekali (kerana mereka banyak kekurangan masa).
Ringkasnya, sekurang-kurangnya sebulan satu kali kena khatam.
(Cuma hari ini bagi orang2 yang TIDAK FAHAM bahasa Arab atau KURANG MAHIR bahasa Arab sekalipun tahu dan faham, disarankan membaca setengah juzuk sahaja sehari kerana mereka perlu membaca terjemahannya juga. Bagi yang memang MAHIR dengan bahasa Arab, hendaklah berusaha mencapai satu juzuk sehari. Perbezaan ini umumnya kerana orang2 Arab membaca Al-Quran dalam keadaan ada tahu sedangkan kita membaca Al-Quran dalam keadaan tiada tahu - umpama burung kakak tua. ).
Bagaimana dengan orang2 yang kurang kebolehan membaca Al-Quran?
Mereka buat sekadar yang mampu sahaja tetapi hendaklah diniatkan bahawa PADA SUATU HARI NANTI teringin hendak mencapai sekurang2nya sekali khatam dalam sebulan. Tanam niat sahaja dulu sambil terus berusaha.
Bagaimana dengan orang2 yang belum mampu membaca?
Mereka kena berusaha belajar membaca. Itulah keutamaan buat mereka.
Bagaimana dengan orang2 yang pandai membaca tetapi sangat sibuk dengan urusan2 kehidupan?
Mereka buat sekadar yang mampu sahaja tetapi HENDAKLAH DISASARKAN JUGA bahawa pada setiap bulan mahu mencapai sekurang2nya sekali khatam (bagi yang mahir bahasa Arab) dan setengah Al-Quran (bagi yang tidak sampai ke level MAHIR bahasa Arab).
Kesimpulannya, dalam ajaran2 yang disebutkan di satu tempat di Indonesia tadi, tak tahulah mengapa mereka jadi begitu. Namun jika dalam Tarekat Ghazaliyah, tilawah Al-Quran memang sangat dititiberatkan. Wallahua'alam.
*Antara tanda mencntai Allah adalah dengan mencintai Kitabullah.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
7/6/23
No comments:
Post a Comment