Saturday, June 10, 2023

Kebenaran vs Kemudahan

 

Umumnya manusia akan bersama2 dengan kebenaran selagi kebenaran itu bersama2 dengan duit. Apabila duit dan kebenaran berpisah di simpang jalan, majoriti manusia akan memilih untuk bersama2 dengan duit. Hanya segelintir lagi asing manusia yang akan memilih untuk bersama2 dengan kebenaran.


Menurut Imam al-Ghazali, duit itu sendiri sebenarnya tidaklah diperlukan. Tetapi ia jadi diperlukan kerana melaluinya boleh mendapatkan kemudahan2. Kemudahan untuk bergerak, kemudahan untuk ke sana sini, kemudahan untuk mendapatkan itu ini, kemudahan untuk keselesaan diri, kemudahan untuk makan minum, kemudahan untuk berurusan, dan sebagainya. Kemudahan2 itulah sebenarnya yang dikejar2 oleh manusia, bukannya diri duit itu sendiri.


Suatu hari nanti mungkin duit sudah pupus atau hampir pupus. Maka duitnya bukan duit itu lagi tetapi kemudahan2. Kemudahan2 itulah duitnya. Kemudahan untuk bergerak, kemudahan untuk ke sana sini, kemudahan untuk mendapatkan itu ini, kemudahan untuk keselesaan diri, kemudahan untuk makan minum, kemudahan untuk berurusan, dan sebagainya.


Maka umumnya manusia akan bersama2 dengan kebenaran selagi kebenaran itu bersama2 dengan kemudahan2. Apabila kemudahan2 dan kebenaran berpisah di simpang jalan, majoriti manusia akan memilih untuk bersama2 dengan kemudahan2.


Kebenaran tidak lagi menjadi barang yang dicari, dipertahan dan diperjuangkan. Yang lebih utama dicari ialah kemudahan2, sekalipun untuk mendapatkannya manusia kena meninggalkan kebenaran.


8/6/23

No comments: