Punca KEBANYAKAN masalah dalam rumahtangga muslim sebenarnya bermula daripada diri sendiri iaitu apabila :
i) SALAH SEORANG tidak mahu ikut aturan dan ketetapan agama, atau
ii) KEDUA-DUANYA tidak mahu ikut aturan dan ketetapan agama.
Jika kedua2 belah pihak akur sahaja dengan aturan dan ketetapan agama, insya-Allah sejahtera. Masalah timbul apabila kita hanya mahu akur dengan aturan dan ketetapan agama YANG SEDAP BUAT DIRI KITA sahaja. Apabila sesuatu aturan dan ketetapan agama itu tidak sedap dengan diri kita, maka kita tidak mahu akur, tidak mahu ikut dan tidak mahu terima.
Contohnya :
Agama mengajarkan kita mesti lengkapkan solat fardhu yang lima tapi kita remehkan kerana ia tidak kena dengan kehendak hawa nafsu kita. Maka akan datanglah masalah.
Agama mengajarkan kita mesti menutup aurat dengan sempurna tapi kita ketepikan kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita. Maka akan timbullah masalah.
Agama mengajarkan kita agar tidak menunjuk-nunjuk, berbangga-bangga, dan bertabarruj tapi kita abaikan kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita.
Agama mengajarkan kita bahawa suami kena membimbing isterinya dalam hal ehwal agama atau mengusahakan agar isteri dapat belajar ilmu2 agama tetapi kita buat tak endah kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita.
Agama mengajarkan kita bahawa isteri kena patuh dengan pimpinan suami, suami pula kena memimpin isteri dengan benar tetapi kita buat tak hirau kerana ia tidak sedap dengan kehendak hawa nafsu kita.
Mana yang selari dengan kehendka hawa nafsu kita, kita pertahankan dan perjuangkan,
Mana yang tak selari dengan kehendak hawa nafsu kita, kita cari jalan nak tolak.
Maka ikut sahajalah apa jua aturan dan ketetapan agama, sama ada dalam hal yang kehendak hawa nafsu kita setuju atau dalam hal yang kehendak hawa nafsu kita tidak setuju. Insya-Allah bahagialah.
1/6/23
Laman Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment