Thursday, June 15, 2023

Alam Malakut yang Tidak Dipijak Buminya...

 

Berkata Imam al-Ghazali, "Alam malakut itu tidak "dipijak buminya" selain oleh makhluk yang menghampiri "keserupaan" dengan (para penghuninya iaitu ) malaikat. Maka ia (maksudnya kita manusia dan jin) "memandang" kepadanya (alam itu) dengan kadar dekatnya (kita) dengan sifat2 malaikat." (Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Cinta Allah)


Bagaimana dikau mahu ke sana sedangkan sifat2 kesyaitananmu bukan sedikit? Mungkin tinggal angan2 sahajalah.


Siapakah yang paling bersifat dengan sifat2 kemalaikatan dalam kalangan umat ini? Tidak lain ialah R4'S. Sebab itulah mereka bebas untuk "pergi balik, duduk, dan singgah" di alam malakut itu. Engkau contohi sahaja mereka, insya-Allah ada rezekimu. Bukan setakat berpijak di buminya dan menjadi penghuninya (tetamu), malah tidak mustahil engkau akan "terbang ke langit" alam malakut itu dan "melepasinya".


R4'S

R = Rasulullah saw

4 = Empat oranag sahabat paling utama

S = Sahabat2 utama yang lain


Abu Zulfiqar al-Amsyari

15/6/23

Blog DEbunga Teratai Syurgawi

No comments: