Friday, June 16, 2023

Antara Cara Mendapatkan Kelazatan Berzikrullah

 

Antara usaha dan ikhtiar yang dapat membantu (dengan izin Allah) dalam mendapatkan kelazatan berzikrullah :


1. Kita minta terus kepada Allah supaya dia rezekikan kepada kita rasa lazat dalam berzikrullah. Pada hakikatnya, rasa lazat dalam zikrullah itu hanya Dia sahaja yang ada kuasa untuk memberinya. Segala usaha kita, segala guru, segala kitab, segala majlis dan sebagainya, langsung tidak ada sebarang keupayaan untuk membuatkan kita berasa lazat dalam zikrullah. Itu dari segi hakikatnya.


2. Kemudian dari segi syariatnya - sekiranya dapat, kita cuba berzikrullah itu dalam keadaan kita cinta dan rindu kepada-Nya. Cara begini lebih mendatangkan kelazatan. Tapi dalam keadaan2 yang memerlukan, kita boleh sahaja berzikrullah dalam keadaan berharap atau takut. Contohnya ketika mahukan sesuatu hajat dipenuhi, atau sedang dalam ketakutan, atau sedang dalam ketidaksihatan, dan sebagainya.


3. Kita berzikrullah secara ikhlas, yakni tanpa sebarang matlamat lain. Betul2 kerana ingat dan sayang kepada-Nya sahaja. Cara begini lebih mendatangkan kelazatan. Tapi dalam keadaan yang memerlukan, kita boleh sahaja berzikrulah sambil memohon hajat.


4. Jika dapat, berzikrullah itu dalam keadaan kita sedang tenang, tidak kelam-kabut, nafas sedang teratur baik, bersendirian, kemas tubuh badan dan pakaian, berwangi-wangian, menghadap qiblat dan sebagainya. Namun keadaan2 itu jarang2 kita dapat kerana kita ada kesibukan dengan urusan harian kita. Maka jangan tunggu keadaan2 itu dapat baru kita hendak berzikrullah. Asal berpeluang sahaja, buatlah.


5. Selalu peringatkan diri bahawa Allah sedang dan sentiasa melihat kita luar dan dalam, zahir dan batin, Dia nampak segala2nya. Masa berzikrullah itu jika dapat dibersamakan dengan hal ini, insya-Allah lagi lazat rasanya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Jun 2023

Blog Debunga Teratai Syurgawi

 

 

* Hapuskan Virus V6

No comments: