Yang menghalang atau melambatkan perjalanan kita biasanya orang yang dekat dengan kita. Didepangkan "tangan"nya tidak beri kita lalu, maka susahlah kita hendak lalu. Orang jauh2 sukar hendak menghalang jalan kita kerana "tangan" mereka jauh daripada kita.
Begitu jugalah dalam menuntut ilmu agama, berdakwah dan memperjuangkan umat. Biasanya yang menghalang atau melambatkan usaha kita ialah orang2 yang dekat dengan kita, yang selalu berada di sekeliling kita. Orang jauh2 susah hendak menghalang kita. Oleh sebab itu, kita kenalah sangat berhati2 dalam memilih orang2 atau kelompok yang akan selalu berada dekat dengan kita dalam kehidupan kita.
Jika mereka jenis yang banyak mendorong, akan mudahlah kita.
Jika mereka jenis yang banyak menghalang, susahlah kita.
Jika mereka jenis yang tidak menghalang tetapi tidak juga mendorong, agak susahlah kita. Kita akan terpengaruh dengan mereka dan kita tiada/ lemah motivasi untuk berusaha.... untuk tempoh yang lama... atau selama-lamanya di dunia.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
14/6/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment