Saturday, June 10, 2023

Mengapa Ahli Tasawuf Dulu2 Ramai Tidak Berkahwin?

 

Sampailah satu pertanyaan daripada seorang hamba Allah tentang sebab-musabab banyak juga ahli2 tasawuf zaman dahulu kala yang tidak berkahwin.


JAWAPAN :

Sebenarnya pada zaman2 itu ahli2 tasawuf (sufi) yang berkahwin pun banyak, cuma kebanyakannya berkahwin lewat sedikit.


Antara sebabnya ialah mereka mahu memberi tumpuan kepada Allah SEPENUHNYA. Sebab lainnya ialah mereka tidak mahu "JARAK" dan "KELAJUAN" mereka dalam keRUHanian terganggu, tersangkut, terkurang atau termundur ke belakang. Hal ini kerana jika sudah terganggu, terkurang. tersangkut atau termundur, untuk mendapatkan semula jarak dan kelajuan yang pernah dicapai itu memang sukar.


ISYARAT DARIPADA IMAM AL-GHAZALI


Cuba imbas kembali kisah perkahwinan antara Ahmad bin Abi al-Hawari (seorang wali Allah) dan Rabiatul Adawiyah asy-Syamsiyah (yang juga seorang wali Allah) sebagaimana yang dimuatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin. Betapa berhati2nya guru kepada Ahmad iaitu Abu Sulaiman ad-Darani (seorang wali besar pada zaman itu) apabila Ahmad meminta pandangan si mursyid tentang peristiwa Rabiatul Adawiyah meminang Ahmad untuk dijadikan suaminya sedangkan Ahmad tidak terfikir untuk berumahtangga. Kisah penuhnya boleh dibaca semula di https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/12/kisah-calon-isteri-untuk-pelajar-sufi.html .


GAMBARAN MUDAH


Tamsilannya, katakanlah sebelum berkahwin itu si sufi sudah mencapai kelajuan JET PEJUANG (dalam pengamalan dan pencapaian keruhaniannya), tiba2 dia mendapat seorang isteri yang hanya berkelajuan BASIKAL, maka kelajuannya yang bagai jet pejuang itu hampr2 pasti akan MERUDUM. Hal ini kerana setelah berumahtangga tentunya mereka kena dan mahu bergerak seiringan. Takkanlah si suami sampai hati mahu meninggalkan si isteri jauh ketinggalan di belakang. Perbezaan kelajuan yang besar juga biasanya akan mengundang masalah2. Yang seorang berdesup bagai jet pejuang, yang seorang lagi pula hanya selaju basikal. Memang sukar untuk mendapatkan keseiringan.


Maka si suami terpaksa menurunkan kelajuannya kepada kelajuan MOTOSIKAL sahaja manakala si isteri pula berusaha menaikkan kelajuannya kepada kelajuan KUDA PERANG. Barulah boleh agak seiringan. Motosikal boleh diperlahankan sedikit dan kuda perang boleh dilajukan sedikit. Maka akan dapatlah lebih kurang seiringan.


MASALAH BAGI SI SUFI


Masalahnya, penurunan kelajuan si suami sangat ketara iaitu daripada selaju JET PEJUANG kini menjadi selaju MOTOSIKAL sahaja. Hendak mendapatkan semula kelajuan jet pejuang itu, tempohnya akan jadi sangat lama dan silap2 tidak tercapai semula pun. Untuk seiringan dengan isteri, si isteri pula kena berusaha keras untuk mencapai sekurang2nya kelajuan KAPAL TERBANG. Barulah ada kedekatan dengan kelajuan jet pejuang. Tetapi jika si isteri hanya meningkat ke kelajuan motosikal sahaja, sangat sukarlah bagi si suami untuk mencapai kelajuan jet pejuang.


Bagi ahli2 sufi itu, penurunan kelajuan ini merupakan sesuatu yang sangat merugikan dan sangat perlu dielakkan. Sangat jarang ada orang2 yang dapat mengekalkan "kelajuan" mereka setelah berumahtangga. Dan biasanya mereka kurang sedar pun yang kelajuan mereka sudah menurun dengan mendadak.


Dalam kes Ahmad bin Abi al-Hawari dan Rabiatul Adawiyah, mereka berdua sudah sama2 berkelajuan jet pejuang, atau jika Rabiah kurang sedikit pun tetapi masih berkelajuan kapal terbang. Perbezaan antara kedua-duanya tidaklah banyak. Oleh itu perkahwinan mereka umumnya tidak menjejaskan kelajuan masing2 dalam keruhanian. Sebab itulah Abu Sulaiman ad-Darani yang pada awalnya KURANG BERSETUJU anak muridnya berkahwin, setelah mengetahui calonnya ialah Rabiah, maka terus DIGALAKKANNYA pula.


DI MANA SUSAHNYA?


Untuk meningkatkan satu-satu kelajuan sahaja sudah memerlukan sangat banyak masa, tenaga dan pengorbanan. Mungkin bertahun2 baru boleh berubah daripada kelajuan berjalan kaki ke kelajuan berbasikal. Kemudian bertahun2 lagi pula untuk meningkat dari kelajuan berbasikal ke kelajuan motosikal. Begitulah seterusnya ke kelajuan kereta lumba, ke kelajuan kapal terbang, ke kelajuan jet pejuang dan seterusnya. Proses ini memang getir.


Sebagai Ahmad bin Abi Al-Hawari (juga ahli2 tasawuf lain), kita tentu sedar betapa sukar dan lamanya utnuk kita suatu ketika dahulu meningkatkan kelajuan dari satu eperingkat ke satu peringkat. Daripada belum berjalan ke kelajuan berjalan. Kemudian ke kelajuan berlari. kemudian ke kelajuan berbasikal, dan seterusnya. Setiap satunya biasanya memakan masa bertahun2.


Bayangkan seandainya Ahmad bin Abi al-Hawari berkahwin dengan orang yang bukan ahli (berkemahiran) dalam tasawuf juga, yang hanya berkelajuan BERJALAN KAKI contohnya. Untuk hidup seiringan, maka kelajuan Ahmad akan direntap turun ke sekadar kelajuan BASIKAL sahaja. Maka kerugiannya sangat besar dan lama pula Ahmad perlu menanggung kerugian tersebut. Tidak mustahil juga untuk selama-lamanya kerana sangat susah untuk mendorong seseorang yang sekadar berkelajuan berjalan kaki (isteri) untuk sampai ke kelajuan kapal terbang. Jika si wanita pula yang berkelajuan jet pejuang sedangkan bakal suaminya sekadar berkelajuan basikal, situasi sebegini lagilah berisiko.


Selain faktor itu, ahli tasawuf wanita juga biasanya kurang jumlah berbanding ahli tasawuf lelaki. Maka pilihan agak terhad.


PENUTUP


Inilah jawapan kepada pertanyaan tentang sebab-musabab SEBAHAGIAN ahli tasawuf pada zaman dahulu tidak berkahwin atau lewat berkahwin. Wallahua'lam.


10/6/23

No comments: