Sunday, June 11, 2023

Level Orang2 yang Mengakui Kesilapan dan Kesalahan

3 level orang yang mengakui dirinya tersilap dan tersalah :

1. Mahu mengaku silap dan salahnya.

2. Mahu memohon maaf atas kesilapan dan kesalahannya.

3. Mahu membetulkan kesilapan dan kesalahannya. Ini barulah betul2 gigih mahu mendapatkan penyelesaian.


CONTOH YANG DIMUDAHKAN (REKAAN) :


Ijat memandu kereta sambil menggunakan telefon lalu terlanggar tembok rumah Ramli. Ijat pun terus melarikan diri. Setelah beberapa hari, Ijat insaf bahawa perbuatannya salah. Ada tiga tindakan yang mungkin diambil oleh Ijat iaitu :


1. Mengakui kepada Allah dan dirinya sendiri bahawa dia melakukan kesalahan, lalu berdiam sahaja. Pergi memohon maaf pun tidak, untuk membuat pembetulan atas kerugian Ramli lagilah tidak.

2. Mengakui dirinya melakukan kesalahan lalu meminta maaf kepada Ramli. Setakat itu sahaja. Dia tidak bercadang pun untuk membuat pembetulan dengan membayar ganti rugi kepada Ramli walaupun sedikit.

3. Mengakui dirinya bersalah, memohon maaf kepada Ramli, dan menawarkan untuk membuat pembetulan atau ganti rugi bersesuaian dengan kadar kemampuannya. Jensi ketiga inilah yang susah diperolehi. Namun jenis ketiga inilah yang benar2 nampak mahu mendapatan penyelesaian. Terpulanglah kepada Ramli sama ada mahu menerima pembetulan oleh Ijat atau tidak.


CONTOH KEDUA :


Amat, Atan dan Sham telah mencuri tiga biji motosikal milik Abu. Abu syak memang mereka yang mencurinya tetapi Abu berdiam sahaja kerana tidak punya cukup bukti dan tidak mahu membesarkan lagi masalah. Selang beberapa bulan kemudian, ketiga2 orang itu sedar bahawa perbuatan mereka salah di sisi agama dan undang2 dunia lalu :


1. Amat - Mengakui kepada dirinya sendiri bahawa perbuatan itu adalah salah. Tetapi dia tidak pergi memohon maaf, dan tidak membuat pembetulan atas kesilapannya.

2. Atan - Mengakui bahawa perbuatannya itu salah, DAN dia meminta maaf kepada Abu. Setakat itu sahaja. Dia tidak sampai ke peringkat membuat pembetulan.

3. Sham - Mengakui perbuatannya salah, DAN dia memohon maaf kepada Abu, DAN dia menawarkan membuat pembetulan. Jenis ketiga inilah ikhlas yang bermaqam tinggi.


Apa contoh membuat pembetulan itu?

Contohnya pulangkan motosikal itu walaupun sudah tidak sesempurna keadaan asal, atau berunding untuk membeli motosikal itu daripada Abu, atau membayar gantirugi harga motosikal itu, atau menggantikan dengan motosikal lain yang lebih kurang setara, atau mahu membayar sikit2 secara ansuran, atau sedia berkhidmat membersihkan halaman dan kebun Abu selama 8 bulan, atau sebagainya yang bersesuaian dengan kerugian Abu. Terpulanglah kepada Abu sama ada mahu menerima pembetulan ini atau tidak perlu.


CONTOH SETERUSNYA :


Ina, Ani dan Ain telah memfitnah Ana kerana tidak puas hati dengan Ana. Mereka menyebarkan fitnah itu kepada ramai orang. Banyak aib2 dan cerita2 tidak benar tentang Ana yang mereka sampaikan, putar-belitkan dan tambah-tambahkan. Ana pun hidup dalam kesusahan akibat fitnah mereka. Dua tahun kemudian, ketiga2 orang itu baru tersedar dan insaf akan perbuatan mereka yang salah itu. Lalu :

1. Ina - Mengakui kepada Allah dan dirinya sendiri bahawa perbuatannya itu salah. Tetapi setakat itu sahaja. Dia tidak mahu meminta maaf kepada Ana. Untuk membuat pembetulan/ gantirugi lagilah jauh.

2. Ani - Mengakui bahawa dirinya memang silap dan memohon maaf kepada Ana. Tetapi setakat itu sahaja.

3. Ain - Selain daripada mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Ana, dia juga berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk membuat pembetulan. Jenis ketiga inilah ikhlas yang dimatlamatkan.


Apakah contoh pembetulannya?

Seperti Ain menawarkan untuk menggantikan kerugian2 yang Ana hadapi sepanjang dua tahun itu sekadar kemampuannya, atau membuat juga permohonan maaf tambahan iaitu secara terbuka dalam majlis atau melalui media sosial akan kesilapannya dan untuk membersihkan semula nama Ana, atau berusaha dan berikhtiar untuk menemui semula orang2 yang pernah disampaikan fitnahnya itu lalu mengakui kesalahannya dan menjernihkan semula nama Ana, atau seumpamanya. Terpulanglah kepada Ana sama ada mahu menerima pembetulan ini atau tidak perlu.


CONTOH LAIN :


Ali, Adi dan Ari aktif dengan penyalahgunaan dadah. Melalui percontohan diri mereka, ramai juga orang2 lain yang turut terpengaruh lalu kemudiannya mereka turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Selepas 5 tahun, mereka tersedar akan kesilapan mereka. Lalu :

1. Ali - Mengakui kepada Allah dan dirinya sendiri bahawa dia tersilap. Dia pun berhenti daripada dadah. Tetapi setakat itu sahajalah. Dia tidak mahu bertanggungjawab terhadap orag lain.

2. Adi - Selain daripada mengakui kesalahan dan berhenti daripada najis dadah, dia juga berusaha memohon maaf kepada orang2 lain yang pernah terkesan dengan perbuatannya yang lalu itu, lebih2 lagi kepada mereka yang terpengaruh dengan perbuatannya lalu mereka turut bermain dengan najis dadah. Tetapi setakat itu sahaja.

3. Ari - Selain daripada mengakui dan berhenti, dia juga berusaha untuk mengelakkan orang2 lain yang belum terlibat daripada terlibat, berusaha menyedarkan orang2 yang masih terlibat, berusaha membuat pembetulan/ gantirugi kepada orang2 yang pernah terkesan akibat perbuatannya, berusaha memulihkan orang2 yang terpengaruh dengannya, bekerjasama dengan orang2 lain untuk membanteras aktiviti pengedaran dadah, dan seumpamanya. Inilah pengakuan dan ikhlas yang dicari.


KESIMPULAN


1. Untuk melakukan kesalahan dan kesilapan itu mudah, tetapi untuk membetulkannya semula susah. Maka bersungguh-sungguhlah mengelakkan diri daripada melakaukan kesalahan dan kesilapan terhadap Khalik atau terhadap makhluk.

2. Ruang dan peluang untuk membuat pengakuan dan pembetulan itu hanya ada di dunia, sementara kita masih hidup ini. Mati sahaja (kita atau orang yang kita bersalah itu), umumnya tertutup terus ruang dan peluang kita. Kematian boleh berlaku pada bila2 masa. Mungkin sebentar lagi, mungkin esok, mungkin sebulan dua lagi, atau lain-lain. Masa yang sngat sempit ini, manfaatkan sebelum terlambat.

3. Kesalahan dan kesilapan kepada Allah, kepada Dialah permohonan ampun dan penebusannya. Kesalahan dan kesilapan kepada manusia, (selain kepada Allah) kepada manusialah permohonan maaf dan penebusannya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

11/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: