Selalulah tersenyum dan TUNJUKKAN CONTOH YANG SOLEH kepada pasangan dan anak2. Kelemahan dan kekurangan kita pelan2 kita buang dan istiqamah buang - berterusan buang. Biar nampak ada perubahan positif dari semasa ke semasa. Banyak orang lebih menilai kita berdasarkan kelemahan dan kekurangan kita. Jadi, usaha dan ikhtiarlah bersungguh2 agar kelemahan dan kekurangan itu dapat diatasi atau sekurang-kurangnya jadi sangat kecil. Jangan beri peluang kepada kelemahan dan kekurangan kita itu untuk dimanipulasikan sebagai senjata terhadap diri kita pula.
CONTOHKAN DENGAN DIRI SENDIRI terlebih dahulu. Jangan risau, insya-Allah mencontohkan kepada pasangan dan anak cucu itu tidak termasuk ke dalam riya', 'ujub', sombong dan seumpamanya kerana memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mentarbiah mereka, melainkanlah kita memang berniat untuk riya', 'ujub, sombong dan lain-lain itu.
Jika kita malas mengerjakan solat2 sunat, bagaimana kita mahu anak2 dan pasangan kita rajin mengerjakan solat2 sunat?
Jika kita jarang2 membaca Al-Quran, bagaimana kita mahu mereka selalu membaca Al-Quran?
Jika kita tidak minat berzikrullah, bagaimana kita mahu mereka rajin berzikrullah?
Jika kita malas berkemas dan mengemas, bagaimana kita mahu mereka kemas dan rajin mengemas?
Jika kita masih banyak mengekalkan tabiat2 buruk, bagaimana kita mahu mereka bertabiat2 baik?
Jika kita sendiri malas mandi dan berwangi2, bagaimana kita mahu mereka rajin mandi dan berwangi2?
Jika kita sendiri malas menuntut ilmu2 agama, bagaimana kita mahu mereka pula yang kena rajin menuntut ilmu2 agama?
Jika kita sendiri suka mengutuk, mencarut dan mengumpat, bagaimana kita mahu mereka pula tidak berbuat demikian?
Begitulah seterusnya dalam hal2 lain.
Tapi yang biasanya berlaku, apabila pasangan dan anak cucu malas solat sunat, malas baca Quran, kekalkan tabiat2 buruk, malas ambil tahu hal ehwal agama, suka mencarut dan sebagainya, kita hanya nampak KELEMAHAN DAN KESALAHAN MEREKA. Kita hanya mahu orang berubah sedangkan diri kita tidak perlu berubah.
Allah 'Azza wa Jalla sentiasa mengingatkan kita :
“Adakah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan tetapi kamu LUPA AKAN DIRIMU SENDIRI, padahal kamu membaca kitab. Tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah : 44)
@@@@@@@@@@
"Saya memang tidak pernah menampakkan kepada pasangan dan anak2 saya yang saya rajin baca Quran, rajin solat sunat, rajin berzikrullah dan sebagainya kerana tak mahu wujud rasa lebih alim dan menunjuk2. Jadi, saya buat sembunyi2 dalam bilik."
"Patutlah pasangan dan anak2mu tidak berminat untuk melakukan itu semua, kerana engkau sendiri tidak menjadi CONTOH BERBUAT kepada mereka. Yang mereka tahu selama hari ini, engkau menjadi CONTOH TIDak BERBUAT sahaja. Dan sekarang, engkau datang minta daku untuk buat solat hajat dan buat air penawar agar mereka rajin baca Quran, solat sunat, berzikrullah dan lain2 itu? Dah bertahun2 mereka terasuh dengan budaya sebegitu, kini baru engkau hendak mereka berubah budaya? ........ SANGAT BAGUS usahamu ini! Insya-Allah aku akan penuhi hajatmu. Cuma pada adatnya, penawar paling utama dan paling mujarab untuk situasi sebegini tidak lain ialah ENGKAU SENDIRI mulai hari ini terus sahaja mencontohkan kepada mereka semua akan amalan2 tersebut. Jangan fikir sangat pasal sudah terlambat ke, masih sempat ke, mereka mahu terima ke......... balik ni terus buat dan istiqamah sampai bila2 pun. Tentang hati mereka untuk berubah itu, engkau serahkan kepada Allah. Engkau terus tumpu kepada usaha dan ikhtiarmu sahaja. Kita sendiri mesti berubah terlebih dahulu dalam usaha untuk membantu menjana perubahan mereka."
Abu Zulfiqar al-Amsyari
22/6/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment