Wednesday, June 14, 2023

Berubat dengan Daging Ayam

 

Pengalaman merawat dulu2 ... Apabila sahaya sarankan agar pesakit berubat dengan ayam, contohnya agar makan sup ayam, maka ayam yang dimaksudkan itu ialah ayam semulajadi atau ayam kampung. Bukannya ayam "moden" yang sudah macam2 perkara masuk ke dalam badannya. Jauh berbeza khasiat ayam semulajadi dengan ayam "moden". Ayam semulajadi itu, selain daripada jadi makanan, ia juga jadi ubat.


Tetapi jika hendak makan daging ayam yang bukan atas tujuan perubatan sebagaimana yang kita selalu makan sehari2, umumnya makanlah ayam yang macam mana pun (tetapi jika dapat ayam yang semulajadi, hal itu adalah sangat baik).


Bagaimana jika sangat sukar untuk mendapatkan ayam semulajadi?

Dalam keadaan sebegitu, maka gunakanlah ayam "moden" sahaja. Insya-Allah ada manfaatnya juga.


14/6/23

No comments: