Sunday, June 21, 2026

Keistimewaan Tariqah Imam al-Ghazali

 

KEISTIMEWAAN TARIQAH YANG DIASASKANNYA PULA :

1.      Lima sanadnya melalui 5 orang sahabat utama.

2.      Sanad utamanya melalui Penyimpan Rahsia Nabi – Huzaifah bin al-Yaman.

3.      Sanadnya muttasil (tiada terputus).

4.      Ada sukatan pelajaran ‘aqidah/ usuluddinnya sendiri yang disusun oleh Imam al-Ghazali iaitu ar-Risalah al-Qudsiyah.

5.      Ada ilmu as-sa’ah yang lengkap.

6.      Merupakan salah satu daripada dua mazhab induk al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah) iaitu al-Junaidiyah dan al-Ghazaliyah.

7.      Ada kitab induk (Ihya’ ‘Ulumuddin) yang menjadi “pakaian” diri para pengamalnya.

8.      Ada ilmu alam (ilmu tabi’iyah) yang disusun oleh Imam al-Ghazali.

9.      Bermatlamatkan 7 petala tasawuf ( syariat – tarekat – hakikat – ma’rifat : awwal ad-diin – nisf ad-diin – akhir ad-diin – kamal ad-diin)

10.  Masih asli sebagaimana pada asalnya iaitu pada zaman pengasasnya.

11.  Sangat sesuai untuk alam Nusantara kerana Imam al-Ghazali sendiri sama pegangannya dengan majoriti umat Nusantara iaitu dari segi mazhab aqidahnya (Asha’irah), mazhab fiqhnya (asy-Syafi’iyah) dan mazhab tasawufnya (al-Ghazaliyah).

12.  Bermatlamatkan sebagaimana ehwalnya tokoh2 terbaik umat ini iaitu R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama & sahabat2 utama yang lain). 4S merupakan maharaja2 kepada para auliya’.

13.  Jalannya lurus, selamat dan tenang hati.

14.  Karya2 pengasasnya banyak. Sehingga ke hari ini kita boleh rujuk semula apa pegangan dan pandangan pengasas tarekat ini dalam pelbagai juzuk agama terutamanya keruhanian.

15.  Menjadi tarekat raja2 seperti Sultan Muhammad Tapar (Seljuk - Khurasan), Sultan Ahmad Sanjar (Seljuk - Parsi), Sultan Imaduddin Zangki (Zengid - Syam), Sultan Nuruddin Zangki (Zengid – Syam & Mesir), Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan anaknya (Ayyubiyah – Mesir & Syam), dan Sultan Abdul Mu’min dan anaknya (Muwahhiddun - Maghribi)

16.  Ada banyak ulama2 fiqh dan hadith dalam sanadnya.

17.  Diasaskan pada zaman pengasasan mazhab2 iaitu antara 100 Hijriyah – 499 Hijriyah.

18.  Terbuka untuk semua. Boleh terus diamalkan walaupun tanpa diijazahkan atau berba’iah.

19.  Selamat untuk datang dan pergi. Tiada sebarang “ikatan”, sumpah, laknat dsb.

20.  Boleh diamalkan bersama2 amalan tarekat2 lain.

21.  Bukan gabungan atau paduan daripada mana2 tarekat. Ia berdiri sendiri dengan ilmu2 dan isi kandungannya.

22.  Amal2nya mudah dan ringan.

23.  Tidak ada sebarang ritual. Aktiviti atau adat yang pelik2, yang menyusahkan, yang dahsyat2 dsb.

24.  Bersih (clear) daripada “sesuatu”, “makhluk2” atau khadam yang turut mengiringi amalan, bacaan, aktiviti atau sanad.

25.  Tiada taksub.

26.  Tidak membudayakan bersibuk2 dengan kisah2 “gajah terbang” (ajaib, sakti, mencarik adat, super power, berkhayal2, berpelik2 dll).

27.  Banyak bersibuk2 dengan bermujahadah dalam penambahan ilmu2, dalam peningkatan iman, dalam peningkatan amal2, pembaikan akhlak batin & zahir, dalam peningkatan ma’rifah dan peningkatan  mahabbah.

 

-         Keistimewaan & Keindahan Tarekat Ghazaliyah, 20 Jun 2026

Tentang Pengasas Tariqah Ghazaliyah

 

TENTANG PENGASAS TAREKAT GHAZALIYAH

1.      Pengasasnya seorang mujaddid.

2.      Pengasasnya bertaraf mujtahid dalam keempat2 tungku agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, as-sa’ah)

3.      Pengasasnya digelar sebagai Lautan Tidak Bertepi oleh gurunya (Imam al-Haramain) pada usia 20-an, dan bergelar Hujjatul silam juga pada usia 20-30-an, yakni sebelum beliau keluar beruzlah selama 10 tahun, sebelum mengarag kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, sebelum mengasaskan Tarekat Ghazaliyah, sebelum mendirikan ilmu as-sa’ah, dan sebelum menjdi mujaddid kurun.

4.      Pengasasnya merupakan ulama no. 1 daulah Islam pada zaman itu (Bani Abbasiyah), juga qadhi tentera dan inteleijen bagi Kerajaan Seljuk.

5.      Pengasasnya merupakan profesor (pengetua) bagi seluruh Universiti Nizamiyah.

6.      Pengasasnya mencapai maqam yang sudah pupus sebelumnya.

7.      Pengasasnya mengarang kitab induk soal hati/ qalbu/ jiwa/ emosi/ ruhani yang paling besar dalam sejarah.

8.      Pengasasnya beruzlah dan bermusafir seorang diri dengan selamat walaupun menjadi buruan pembunuh2 daripada Syi’ah Ismai’liyah, puak Hasyasyin, tentera Salib dan musuh2 kerajaan Seljuk.

9.      Pengasasnya tidak sekadar meneruskan tasawuf sufi sedia ada sebelumnya tetapi beliau mengumpul, menyaring, mengualitikan lalu barulah mengalirkan semula kepada umat.

10.  Pengasasnya sangat berilmu luas. Beliau mengarang banyak kitab dalam pelbagai jurusan bidang agama.

 

-         Keistimewaan & Keindahan Tarekat Ghazaliyah, 20 Jun 2026

Sunday, June 14, 2026

Kesopanan dalam Menuntut Ilmu

 

ADAB2 BERGURU (KESOPANAN DALAM MENGAMBIL ILMU)

 

Huraian daripada adab-adab murid oleh Imam al-Ghazali (Ihya’ ‘Ulumuddin) :

 

Adab ke-3 : Elakkan daripada bertanya hal2 lanjutan sebelum sampai waktunya. Bersabarlah kerana banyak hikmahnya. Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya’ : “Guru lebih tahu tentang keahlianmu dan bila masanya untuk sesuatu ilmu itu perlu disampaikan kepadamu.” Jangan mendesak2 guru anda.

 

Adab ke 5 : Jangan tumpu pelajaran tasawuf ini sahaja. Kita kena cari juzuk2 lain ilmu agama Islam ini seperti ilmu fiqh (dan usul fiqh), hadith (dan mustolah hadith), ilmu membaca Al-Quran, ilmu2 fardhu kifayah dsb.

 

Adab ke-6 : Murid kena bijak memilih ilmu yang mahu dikuasai kerana masa hidup kita di dunia ini tidak banyak. Tidak ada orang yang mampu kuasai sepenuhnya ilmu2 dalam agama Islam ini. Pilih yang lebih penting dalam yang penting2. Dalam Tariqah Ghazaliyah ini pun, utamakan untuk menyelesaikan ilmu2 yang bertaraf MESTI. Ilmu2 yang bertaraf digalakkan tapi TIDAK MESTI itu boleh dikemudiankan.

 

Adab ke-7 : Belajar ikut tertib, yakni mengikut aturan. Jangan melompat2. Jangan dahulukan yang kemudian atau kemudiankan yang dahulu. Tetapi memang ada ilmu2 tertentu yang boleh didahulukan selagi bersesuaian.

 

Adab ke-9 : Matlamat terhampir yang mahu dicapai dalam al-ihsan, tasawuf, sufi dan tariqah ini -  adalah untuk mengubat, menyembuh, menyihat dan menghiasi hati dengan akhlak yang mulia, dan untuk mengubat, menyembuh, menyihat dan menghiasi anggota badan dengan akhlak yang mulia. Ini matlamat terhampir, maqsud yang paling awal, visi dan misi yang mesti didahulukan. Bukannya matlamat awal itu berjaya menguasai 1000 cabang ilmu atau menghabiskan 1000 sukatan pelajaran.

 

Keterbalikan daripada adab-adab guru pula (dalam Ihya’) :

 

Adab ke-6 : Kita kena faham bahawa tugasan dan tanggungjawab guru dalam tariqah ini sangat banyak. Guru hendak meletakkan ilmu2 yang sesuai dengan keupayaan murid2 yang tentunya saling berbeza - itu baru salah satu daripada tanggungan di guru. Bahagian ini pun sudah agak susah sebenarnya. Maka murid kena faham dan sedar.

 

Adab ke-7 : Dahulukan sangka baik sekiranya guru belum menyampaikan sesuatu juzuk ilmu. Hal itu sebenarnya adalah untuk kesejahteraan dan keselamatan perjalanan keruhanian si murid.

 

-          Pemurnian daripada kuliah Sukatan Pelajaran Tariqah Ghazaliyah, Abu Zulfiqar al-Amsyari, 13 Jun 2026