Tuesday, June 27, 2023

Tafsir Mimpi Masalah Tengkuk dan Mandi

 

Isnin 7 Zulhijjah 1444 (26 Jun 2023). Pada malamnya seorang hamba Allah iaitu Encik Az (bukan nama sebenar) bermimpi macam ada sesuatu yang tidak kena dengan tengkuknya. Dia berasa kurang selesa tetapi dia tidak berapa pasti akan jenis masalah pada tengkuknya itu. Lalu dia berjalan kaki pada malam itu mendapatkan seorang temannya iaitu Encik Ai (bukan nama sebenar). Agak jauh juga perjalanannya.


Setelah tiba di tempat Encik Ai, dia pun meminta bantuan Encik Ai untuk tolong tengokkan tengkuknya. Setelah diperiksa, Encik Ai berpendapat ada sedikit masalah pada tengkuk Encik Az lalu dia menekan2 untuk membetulkannya. Kemudian Encik Ai membuatkan sebaldi air mandian beserta sebiji limau purut. Seterusnya mereka berbincang tentang cara menggunakan limau purut tersebut. Akhirnya Encik Az pun mandilah dan badannya pun kembali segar.


Begitulah secara ringkasnya.


Tafsirnya - Encik Az ada menangggung sesuatu amanah dalam hal ehwal agama. Namun dalam usaha untuk menanggung dan melaksanakan amanah tersebut, perjalanannya kurang lancar kerana sebagaimana dalam urusan2 lain juga, tentunya ada masalah2 yang perlu dilalui. Sungguhpun begitu, Encik Az tidak mahu menghindar. Maksudnya Encik Az tetap mahu menanggung dan melaksanakan amanah tersebut.


Oleh itu, Encik Az pun berusaha mendapatkan bantuan sahabatnya iaitu Encik Ai. Banyak dugaan dan rintangan yang dilaluinya. Ternyata Encik Ai memang dapat membantu sedikit-sebanyak. Dan hasil kerjasama atau perkongsian mereka, perjalanan untuk melaksanakan amanah tersebut pun kembali lancar, walaupun kesudahannya nanti hanya Allah sahajalah Yang Maha Tahu. Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

27/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: