Hendak memperjuangkan umat,
kena ada "hati kering" sedikit.
Hal ini kerana umumnya
engkau memang akan perjuangkan umat,
tetapi umat tidak akan perjuangkan engkau.
Maksudnya -
engkau terus sahaja perjuangkan umat
tetapi engkau janganlah berharap
yang umat akan perjuangkan engkau.
Sekiranya engkau punya keteguhan hati yang sebegini,
maka didahulukan kepadamu ucapan,
"Selamat datang ke alam perjuangan".
Begitulah halnya pada zaman akhir ini.
"Saya mahu perjuangkan umat tok. Saya mahu jadi pejuang umat."
"Bagus tu bagus cu. Cuma engkau kena faham bahawa umumnya umat tak akan perjuangkan engkau walaupun engkau sedang perjuangkan mereka."
"Tak mengapa tok. Saya tak kisah pun. Saya tetap akan perjuangkan umat juga."
"Oh, begitu! Kalau begitu memang layaklah cucu jadi pejuang. Memang betul2 berjiwa pejuang ni."
17/6/23
No comments:
Post a Comment