Thursday, June 1, 2023

Rekod Penulisan di Blog dan FB

 

Penulisan sahaya di blog pada bulan Mei 2023 merupakan yang terbanyak bagi satu2 bulan sejak sahaya berblog (sekitar 2003 atau 2005 lalu di blog lama Bersama Alexanderwathern sebelum berpindah ke blog baharu Debunga Teratai Syurgawi ini) iaitu sebanyak 91 penulisan. Secara puratanya ada 3 penulisan sehari. Sementara idea tengah turun mencurah2 ni, kita manfaatkan. Pantang duduk depan laptop, jari-jemari terus menulis seakan2 tiada henti.


1/6/23


Dengan izin-Nya, sepanjang Mei 2023 lalu sahaya dapat memuatkan 126 posting penulisan sendiri yang kebanyakannya berkaitan agama di FB (dengan nombor siri MAY001 hinggalah MAY126). Kebanyakannya penulisan terkini dan sebahagian kecilnya penulisan lama, tidak termasuk posting lain berupa tulisan2 pendek, gambar2 dan video. Semoga bermanfaat.


*Untuk bulan Jun, setakat ini baru sampai penulisan bernombor siri JUN005.


1/6/23

3.47 pm

No comments: