Monday, June 26, 2023

Al-Mahdi Sudah Lama di Sana dan Bergelumang Kemaksiatan?

 

Pada tahun 2020 lalu ada seorang hamba Allah dari tanah seberang bertanya kepada saya tentang satu ajaran. Ketika itu ajaran tersebut semakin ramai pengikutnya kerana ada ustaz popular menyertainya. Menurutnya ajaran itu mendakwa bahawa Al-Mahdi sudah puluhan tahun ada dan tinggal di Indonesia. Al-Mahdi itu tidak lain ialah pimpinan utama ajaran tersebut. Ketika itu (sampai sekaranglah) dan sebelum itu si Al-Mahdi masih bergelumang dengan hawa nafsunya dan kemaksiatan. Dia jadi begitu kononnya sebab identitinya dihijab oleh Allah.


Nanti Al-Mahdi itu akan diperbetulkan dalam masa satu malam sahaja oleh Allah. Kononnya Al-Mahdi itu telah menerima tariqah daripada Nabi Khidhir. Sesiapa yang mengikuti tariqah Al-Mahdi itu pasti menjadi wali Allah. Dan sesiapa yang tidak mengikuti tariqahnya pasti akan jadi pengikut Mr. Djjl. Ada pengikut2nya yang sudah dilantik sebagai wali quthub dan wali abdal.


Kemudian saya pun meminta tempoh untuk mencari maklumat2 berkaitan. Hanya pada tahun 2021 baru saya dapat menjawabnya. Dapatan penelitian saya dalam masa beberapa bulan itu (sampai berpindah tahunlah lamanya), sebenarnya lebih banyak lagi isi ajaran tersebut yang bermasalah. Banyak yang luar2 biasa. Yang diceritakan oleh hamba Allah tadi hanya sebahagian sahaja.


Kesimpulannya, jangan diikutlah ajaran seperti itu. Tambah dan teguhkan ilmu membeza (menyaring) kita agar dapat dengan segera mengesan, mengenal dan membeza mana yang benar dan mana yang salah. Jika kita lemah ilmu membeza, mudahlah kita terpesona.


Kenal diri, kenal Allah.

Kenal dunia, kenal akhirah.

Kenal syaitan, kenal malaikah.

Kenal yang benar, kenal yang salah.

Sejahtera insya-Allah.


Tak cukup sekadar peringkat tahu. Kena sampai ke peringkat kenal (ma'rifah).


Contohi sahaja JALAN dan KEADAANNYA para R4'S (R-Force) :

R = Rasulullah saw

4 = Empat sahabat paling utama

S = Sahabat2 utama yang lain


Abu Zulfiqar al-Amsyari

26/6/23

Debunga Teratai Syurgawi

No comments: