Thursday, June 22, 2023

Mencari Wali Tujuh

 

Seorang hamba Allah memberitahu sahaya bahawa di negara kita ini ada wali 7. Dia bertanya sama ada sahaya kenal akan mereka? Sahaya jawab tidak kenal. Ditanya pula sama ada sahaya tahu sesiapa yang kenal akan mereka? Sahaya jawab tidak tahu. Ditanya lagi apakah sahaya tidak berkeinginan untuk mencari mereka? Sahaya jawab tidak ada keperluan.


Sahaya ingatkan habis di situ sahaja tetapi kemudiannya hamba Allah itu meminta pula pandangan sahaya tentang cara2 untuk mencari mereka. Jika ditanya pandangan sahaya, maka sahaya berilah pandangan sahaya, bukan pandangan orang lain.


Pandangan sahaya :

1. Mula2 kena ditepatkan tempatnya iaitu bukan di negara kita (termasuk Sabah dan Sarawak) tetapi khususnya di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.


2. Kemudian dibetulkan jumlahnya iaitu bukan 7 orang tetapi 8 orang, seakan-akan (bukan betul2) 8 penjuru mata angin.


3. Hendak mencari mereka sangatlah tidak mudah kerana sahaya hanya ada petunjuk2 (alamat2) peringkat awal sahaja. Petunjuk2 peringkat awal itu pun sudah agak sukar untuk dilaksanakan. Petunjuk2 awal itu kena cari sendirilah berdasarkan takwilan kepada mimpi jantung pisang (Tanah Semenanjung) pada Oktober 2021 lalu yang oleh dibaca di https://alexanderwathern.blogspot.com/2023/05/mimpi-jantung-pisang.html . Mestilah diingat bahawa mimpi ini hanya menceritakan tentang kewujudan mereka, bukannya siapa mereka.


4. Petunjuk2 awal itu adalah untuk masa tersebut (Oktober 2021). Sehingga sekarang (Jun 2023), mungkin sudah ada perubahan orang, dan mungkin juga tidak. Contohnya mungkin ada yang sudah meninggal dunia atau atau tercabut kewaliannya.


Jika mahu berbicara lebih lanjut, silalah hadir ke pertemuan Ghazaliyah yang dijadualkan pada 4 November 2023 nanti di Taiping (pertemuan ini sudah dimaklumkan sejak Disember 2022 yang lalu). Cuma janganlah berharap banyak memandangkan mimpi itu hanya berisi petunjuk2 awal sahaja.


Soalan akhirnya, sekiranya kita bermula dengan petunjuk2 awal ini, ada kemungkinan tak kita dapat bertemu dengan mereka di hujung pencarian? Jawabnya - hal itu tidaklah mustahil. Cuma sangat banyak kerja kena dibuat terutamanya untuk mencari dan menyelongkar semula maklumat2 penting pada tahun tersebut, yang tidak mudah juga untuk memperolehinya. Berdasarkan maklumat2 itu, barulah dapat ditentukan kemungkinan kedudukan mereka. Setelah diketahui kedudukan mereka, hendak disaring pula individu yang mana satu kerana individu2 yang seakan2 mereka itu pun ada juga. Sangat banyak kerja.


Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

22/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: