Jangan biarkan diri anda tertanya-tanya, terduga-duga, terteka-teka, tersilap sangka, dan terlepas begitu sahaja. Yang datang bertanya secara beradab dan berhadapan, maka dapatlah sekian banyak jawapan. Asal jangan datang meluru tidak ketahuan. Ikut adab, temujanji juga aturan. Insya-Allah banyak perkara akan tercerahkan, sekalipun mungkin tidak sampai 100% dari segi peratusan. Barulah dapat faham sebenar keadaan dan sebab-musabab sedemikian tindakan. Maka hilanglah kegundahan dan kegusaran kerana sudah dapat kebenaran atau sekurang2nya pertimbangan yang bersesuaian. Terhurailah fitnah, terbukalah jalan, tenanglah perasaan, jelaslah tujuan, fahamlah kedudukan. Tetaplah "duduk" dengan Allah dan teruslah bersama2 dengan kebenaran.
No comments:
Post a Comment