Sementara anak2 masih remaja, masih banyak mendengar kata2 kita ini, janganlah kita terlepas peluang untuk menggesa dan melorongkan mereka kepada ilmu2 agama. Sampai suatu masa nanti apabila mereka sudah dewasa dan makin kurang nak dengar nasihat kita, ketika itu baru kita hendak gesa mereka ke arah agama - biasanya sudah terlambat atau akan jadi terlalu susah. Mereka juga sukar untuk dapat banyak.
Maka kita kena berkorban dan lapangkan sedikit daripada masa (kerehatan kita, aktiviti2 kesukaan kita), tenaga (untuk ke sana ke mari, untuk menghantar, untuk menunggu), dan wang harta (untuk perbelanjaan, bayaran, duit minyak) untuk keagamaan anak2. Sekiranya kita terlalu sayang atau terlalu kedekut untuk korbankan sebahagian daripada hal2 ini, pendek kata (bukan panjang kata), bersedialah untuk menghadapi dan menanggung masalah2 daripada mereka untuk satu tempoh yang sangat lama. Masalah2 berkaitan akan berlanjutan sehinggalah mereka berkeluarga dan beranak bercucu. Ketika itulah biasanya kita akan selalu bercucuran air mata kekesalan.
Pengalaman saya merawat dulu, hampir semua ibu bapa yang datang mahu "diubatkan" anak2 (sama ada anak2 itu datang bersama2 atau tidak) dalam keadaan anak2 itu sudah dewasa, sudah bekerja, sudah berumahtangga dan sebagainya ialah mereka yang melakukan kesilapan yang sama, iaitu sebagaimana yang diterangkan di atas tadi. Anak2 mereka sudah jadi buluh dewasa atau buluh tua, bukan lagi rebung atau buluh muda yang mudah dilentur.
Memanglah kita akan cuba untuk bacakan ayat2, mohon doa, buat solat hajat, guna bahan tu bahan ini, guna kaedah itu kaedah ini, tetapi jarang yang berhasil dan jika berhasil pun jarang ada yang dapat banyak. Lebih susah lagi jika anak2 itu sedang terlibat dengan penyalahgunaan bahan2 yang mendatangkan masalah dan lebih teruk lagi jika sudah terkena ajaran2 "agama" yang bermasalah (sesat, atau separuh sesat, atau terkandung yang salah2).
Ibu bapa hari ini kena faham bahawa zaman sekarang tidak sebagaimana zaman dulu2 lagi. Ajaran2 yang bermasalah itu boleh masuk ke bilik anak2 kita pada bila2 masa melalui telefon mereka. Kita pula tidak ada ilmu atau kurang ilmu untuk menyaring ajaran mana yang baik dan mana yang bermasalah (lalu semua dipandang sebagai ok), sedar2 anak sudah teranut fahaman2 tersebut. Jika sudah teranut, hampir2 tidak dapat diluruskan balik.
Virus V6 (Virus 6 Sekawan) kini berada di sekeliling kita dan dengan mudah dapat masuk ke halaman rumah, ruang tamu, bilik tidur hatta tandas juga. Kenalah banyak berkorban jika mahu selamat.
VIRUS V6 :
V6-1 : Ajaran Anti-Hadis
V6-2 : Ajaran Ahmaxxxx Qadixxxx
V6-3 : Ajaran Syixx Rafixxx
V6-4 : Ajaran Salaxx Wahhxxx
V6-5 : Ajaran2 Bermasalah (ajaran2 sesat, batiniyah, falsafah2, ajaran2 "bertopeng" dsb)
V6-6 : Ajaran SIPLIS (sekularisme, pluralisme, liberalisme agama dll)
23/6/23
No comments:
Post a Comment