Sunday, June 11, 2023

Pemahaman Tentang Tahap2 Memahami Bahaya

 

Ali : Mengapa kalian sibuk2 dengan ular tedung yang 2-3 ekor tu?

Ahmad : Sebab kami tahu betapa berbahayanya ular2 tedung itu.

Ali : Oh, bahaya rupanya ular tedung tu! Ingatkan sekadar membuatkan kita takut dan menyemakkan rumah kita je. Err... bahaya sangat ke ular tedung ni? Kalau setakat gatal2, luka2, kudis2...... itu biasalah.

Ahmad : Ya, sangat berbahaya. Ia boleh membawa maut, bahkan dengan pantas.


PENJELASAN


Berdasarkan situasi di atas, kita boleh simpulkan bahawa seorang itu menilai level bahaya sesuatu itu berdasarkan ilmu pengetahuan, atau ketidaktahuan, atau kekurangtahuannya.


Ibarat anak kecil A yang tidak pernah melihat kala jengking dan tidak tahu bahaya kala jengking. Kali pertama ia terserempak dengan kala jengking, ada kemungkinan ia akan bermain2 dengannya kerana dirasakannya kala jengking itu tidak berbahaya.


Anak kecil lain iaitu B yang ada tahu sedikit akan bahaya kala jengking, mungkin ia tidak bermain2 dengan kala jengking itu tetapi ia akan lalu pergi balik di tepi si kala jengking. Maka dia berisiko untuk disengat.


Anak kecil lain iaitu C yang lebih tahu akan bahaya si kala jengking, ia akan berusaha sedapat mungkin untuk menjauh, atau membunuh kala jengking, atau memanggil orang lain ntuk menguruskan si kala jengking. Dia juga akan berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk menjauhkan kanak2 kecil lain daripada bermain2 atau mendekat dengan si kala jengking itu. Namun kawannya si A mungkin akan memarahinya manakala si B pula akan kurang peduli dengan amarannya kerana ketidaktahuan dan kekurangtahuan mereka.


Jadi, kita ambillah maklumat dan pemahaman daripada orang2 yang punya. Ertinya kena berguru dan belajar.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

11/6/23

Blog : Debunga Teratai Syurgawi


No comments: