Pertanyaan : Ada kala dalam hidup kita ni kan kita ada masa rasa down sebab masalah dll. Ustaz sendiri camne? Apa yang ustaz buat waktu susah hati? Maksud saya selain buat ibadat solat, mengaji, berzikir dll? Lebih2 lagi waktu orang buat tak baik kepada kita.
Jawapan : Soalan macam ni pun ada ye (senyum)? Zaman muda-muda dulu (usia 20-an) kalau saya tengah susah hati (termasuklah yang berkaitan dengan perbuatan manusia lain), selain daripada kita berusaha mendekat dengan Allah dengan amal2, saya akan banyak makan. Macam2 saya makan, banyak dan sekejap2 makan lagi. Biasanya orang kalau susah hati, mereka tak lalu makan. Tapi saya sebaliknya. Pada sayalah, makan itu dapat membuatkan hati gembira. Ini merupakan kaedah yang bersifat sampingan dan sementara untuk mententeramkan jiwa tapi memang berkesan buat saya.
Beberapa tahun kemudian, perlakuan itu berubah dengan sendirinya. Waktu tengah susah hati dan jika kebetulan "tangan saya bebas" (maksudnya macam tak kena jaga orang sakit di hospital, bukan sedang mengembara dalam hutan, bukan sedang terlantar sakit, bukan kena menyiapkan sesuatu kerja dsb), biasanya saya akan duduk bersendirian dan berterusan baca kitab Ihya' 'Ulumuddin dan buat nota, atau baca Al-Quran dan buat nota. Berpanjang2 lamanya. Ini juga kaedah sampingan atau sementara untuk mententeramkan jiwa, dan berkesan buat diri saya.
Orang buat khianat dan aniaya, saya buat hal2 di atas.
Orang dengki, saya buat hal2 di atas.
Orang fitnah, saya buat hal2 di atas.
Orang marah dan mengutuk, saya buat hal2 di atas.
Lagi banyak orang buat tak baik, lagi banyak dan lagi lamalah sahaya baca dan buat nota. Tak perlu berfikir dan bertindak balas terhadap perbuatan orang melainkan jika sudah melampaui had tertentu.
Macam2 cara dan ragam orang lain. Ada yang memancing, menjala, main gym, layan muzik, menonton, lepak2 di kedai kopi, menyanyi atau bernasyid, bersukan, memanah, ride motosikal, berbasikal, mandi sungai, bersilat, belasah punching bag, baca Al-Quran kuat2, ketuk dram, mabuk, ambil barang2 terlarang, baling pinggan mangkuk, duduk berkurung dalam bilik, mengoyak2 kertas, mencederakan diri sendiri dan sebagainya. Yang bagus2 ada, yang buruk2 ada, yang pelik2 pun ada.
Nanti kalau ternampak saya asyik dok baca Al-Quran atau kitab Ihya' berterusan, banyak lebih masanya berbanding yang biasa2, mungkin masa tu saya tengah susah hati le tu (senyum). Dan sekiranya waktu susah hati itu saya berada jauh daripada Al-Quran atau kitab Ihya', tak mustahil saya akan guna kaedah lama iaitu makan banyak2 dan kerap (setakat ini belum terjadi lagilah). Waktu2 sebegitu jangan cuba2 untuk membelanja saya makan kerana waktu nak membayar nanti jadi tak berapa nak ikhlas membelanja, sebab banyak sangat (senyum).
Setakat inilah, insya-Allah sekiranya ada kitab Al-Quran, atau kitab Ihya', pen dan kertas (atau komputer), saya boleh ambil masa untuk tenangkan diri waktu hati sedang susah (selain daripada amalan2 yang biasa kita buat seperti solat, berdoa, berzikrullah dsb).
Ini jawapan dalam ruang lingkup yang berkenaanlah. Dari sudut sufinya pula, umumnya jika kita sudah lama bertekun dalam sufi, kita dah susah untuk susah hati. Segala kesusahan yang lepas2 pun umumnya menjadi pengalaman manis belaka. Namun hal itu tidaklah mengeluarkan kita daripada berusaha dan berikhtiar dengan gigih. Merancang, bersedia dan melaksana tetap berjalan sebagaimana biasa, sebagaimana keadaannya R4'S. Rasulullah saw sendiri risau akan umat, gelisah sewaktu angin kuat, menangis apabila anak lelakinya meninggal dunia, dan banyak peristiwa lainnya.
Bersabda Nabi saw , “Sesungguhnya mata menitikkan air mata dan hati bersedih, namun kami tidak mengatakan sesuatu yang tidak diredhai Rabb kami. Sesungguhnya kami bersedih dengan pemergianmu wahai Ibrahim (anak kecil baginda).” (Bukhari).
Teringat saya apabila ada orang muda bertanya kepada mursyid saya - benarkah jika seseorang itu langsung tak ada kerisauan dan kebimbangan walau apa pun yang terjadi maka orang itu wali Allah (lalu diberikannya beberapa contoh)? Jawab guru saya, "Itu bukan wali Allah. Itu orang dungu. Syaitan pun tak mau ambil dia jadi wali." Terasa lucu betul jawapannya ketika itu. Sebenarnya mereka tersalah faham tentang konsep tidak ada kebimbnagan dan tidak ada dukacita yang banyak disebut dalam Al-Quran. Sebab itulah kita kena ikut keadaannya R4'S, bukannya keadaan yang kita sangka2 sendiri. Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
1/6/23
Laman Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment