Salah satu kaedah dalam ilmu as-sa'ah (ilmu zaman akhir, bukan ilmu akhir zaman) ialah kita hendaklah memahami bahawa terdapat 3 jenis as-sa'ah dalam diri manusia dan jin pada zaman akhir ini. Setiap diri sedang berdiri pada salah satu as-sa'ah tersebut. Beruntung atau meruginya kita di sisi Allah pada ketika ini bergantung kepada tempat berdirinya kita pada as-sa'ah yang mana.
3 JENIS JIWA
i. Orang2 yang jiwanya berada pada as-sa'ah Mr. D itu berada di dalam "syurganya" Mr. D.
ii. Orang2 yang jiwanya berada pada as-sa'ah al-Mahdi itu sedang berjuang untuk lari daripada "syurganya" Mr. D.
iii. Orang2 yang jiwanya berada pada as-sa'ah Nabi Isa itu sudah berjaya mencairkan, melelehkan dan meleburkan "syurganya" Mr. D itu.
A. ORANG YANG DALAMAN DIRINYA BERADA PADA ERA MR. D
Golongan 1 - Jiwa mereka MENURUT akan fitnah Mr. D, akur, menyokong (dalam keadaan sedar), atau menyokong (dalam keadaan tidak terperasan), malah ada yang mempertahankan dan memperjuangkan pula. Mereka terpesona dengan "syurga" Mr. D dan bersenang2 di dalamnya. Mereka yakin bahawa di luar daripada "syurga" Mr. D itu ialah "neraka" (penderitaan dan kesesatan). Golongan ini PALING BANYAK jumlahnya.
Golongan 2 - Jiwa mereka dalam keadaan TIDAK MENENTU, serba salah, sudah ada ragu-ragu, termasuklah juga jiwa yang tidak ambil tahu, tetapi jiwa mereka masih tetap menurut arus yang dikehendaki oleh Mr. D. Mereka antara terpesona dan tidak - ikut keadaan. Mereka masih berada dalam "syurga" Mr. D cuma mereka sudah mula ada ragu2. Mereka tidak pasti sama ada mereka sedang berada dalam "syurga" ataupun yang di luar itu yang "syurga". Golongan ini BANYAK jumlahnya.
Golongan 3 - Jiwa mereka sudah TIDAK BERSETUJU tetapi mereka MASIH MENURUT. Mereka masih tertunggu2 dan tercari2 masa untuk menolak atau untuk tidak menurut. Mereka sudah tidak mahu berada dalam "syurga: Mr. D tetapi mereka tidak berani dan tidak sanggup untuk meninggalkannya. Mereka sudah tahu bahawa yang di luar itulah "syurga" sedangkan di dalam inilah "neraka". Golongan ini AGAK BANYAK jumlahnya.
B. ORANG YANG DALAMAN DIRINYA BERADA PADA ERA AL-MAHDI
Golongan 1 - Jiwanya jenis yang SUDAH MENOLAK fitnah Mr. D, mula membantah, tidak akur, belajar2 "berperang" sikit2, cuma masih tidak berapa berani. Namun mereka masih boleh berundur ke belakang juga. Mereka sudah mula bergerak sedikit demi sedikit ke arah pintu keluar daripada "syurga" Mr. D walaupun para "malaikat"nya berusaha menghalang. Golongan ini SEDIKIT jumlahnya.
Golongan 2 - Jiwa mereka bersungguh2 menolak. Umumnya mereka tidak akan berundur lagi melainkan mara terus. Mereka bertempur dengan para "malaikat" yang cuba menghalang di sepanjang pergerakan menuju pintu keluar "syurga" Mr. D itu. Golongan ini LAGI SEDIKIT jumlahnya.
Kedua-dua golongan B1 dan B2 ini biasanya tidak disukai dan dimusuhi oleh golongan A1 dan A2 kerana dikatakan boleh meruntuhkan "syurga" kediaman mereka.
C. GOLONGAN YANG DALAMAN DIRINYA BERADA PADA ERA NABI ISA
Mereka sudah berjaya keluar daripada "syurga" Mr. D lalu meleleh dan terleburlah "syurga" Mr D itu daripada dalaman diri mereka. Langsung tidak terkesan "syurga" itu kepada mereka walau seindah mana, semewah mana, sebebas mana, sehibur mana, sekenyang mana dan sebagainya. Golongan ini PALING SEDIKIT jumlahnya.
Sebenarnya
ketiga2 golongan atau bangsa jiwa ini berada di sekitar diri kita dan
jiwa kita ialah salah satu daripadanya. Bagi orang2 yang berilmu,
bangsa2
ini jelas terpandang oleh mata kepala dan mata hati mereka. Mereka dapat dikelaskan kepada 6 golongan yang dinyatakan tadi.
JIWA KESELAMATAN
Untuk kesejahteraan dan keselamatan, hendaklah sekurang2nya jiwa kita berada pada Era Al-Mahdi. Jika sedari awal lagi jiwa kita sudah berada dalam era Mr. D, mana mungkin kita mahu dan dapat menyokong perjuangan Al-Mahdi nanti. Hendak menjadi pejuangnya lagilah jauh panggang dari api.
Al-Mahdi dan Nabi Isa sudah datang atau belum, Al-Mahdi dan Nabi Isa benar2 akan datang atau tidak, semua itu tidak menjadi hal kepada segelintir orang kerana mereka sudah pun "mendapatkan" atau "mencapai" Al-Mahdi dan Nabi Isa. Di dalam diri mereka sudah tertewasnya Mr. D, lalu tertegak perjuangan dan pemerintahan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
Allah sudah membekalkan kepada kita 4 tungku/ tiang agama iaitu al-iman, al-islam, al-ihsan dan al-sa'ah, kita terima, pelajari dan manfaatkan keempat2nya.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
29/6/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment