Sunday, June 11, 2023

Pendaratan Petunjuk2 daripada Allah

 

Dalam bahasa kita hari ini - umumnya "pesawat" laduni tidak akan mendarat jika "tapak pendaratan" yang kita sediakan tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman. Begitulah maksud pengajaran Imam al-Ghazali dalam kitabnya Risalah al-Laduniyyah dan Ihya' 'Ulumuddin.


Jika kita LEMAH dari segi maklumat tentang hal ehwal umat SEMASA, maka sangat susahlah untuk petunjuk2 laduni berkaitan hal ehwal umat semasa mahu mendarat. Asyik kosonglah "lapangan terbang" (akal dan qalbu) kita.


Jika kita lemah dalam maklumat2 tentang hari2 dan masa2 AKAN DATANG, maka umumnya tidak adalah petunjuk2 laduni berkaitan akan datang dan mendarat di tapak pendaratan kita. Asyik lenganglah "lapangan terbang" kita.


Jiak kita lemah dalam maklumat2 tentang TASAWUF, maka umumnya tidak adalah petunjuk2 laduni berkaitan tasawuf akan mendarat di lapangan terbang kita. Kita hanya dapat tahu, dapat dengar atau dapat tengok sahajalah pesawat2 laduni mendarat di lapangan2 terbang lain. Asyik terlepas sahajalah kita. Lalu kita berasa hairan, bagaimana orang2 tertentu boleh selalu dapat tahu dan lebih awal tahunya berbanding kita?


Jika tapak pendaratan (jiwa qalbu) kita dilengkapi dan dicanggihi dengan maklumat2 tentang semasa dan masa2 akan datang, maka barulah laduni berkaitan hal itu dapat mendarat.


Ilmu laduni akan turun mendarat pada tapak pendaratan yang sesuai untuk ia mendarat. Dari "langit" sana, Allah pancarkan ilmu laduni (dan busyra) itu berterusan ke serata muka bumi, tetapi amat sedikit tapak2 pendaratan yang sesuai untuk ilmu2 itu mendarat.


Masalah lazim yang berlaku zaman-berzaman, kebanyakan orang malas dan kurang sanggup berkorban untuk membina, menyiapkan dan memajukan "tapak pendaratannya". Tapak pendaratan itu bahan2 binaannya ialah maklumat2.


Pada akal kanak2 yang belum dapat menguasai kira2 campur dan tolak, bagaimana ilmu tentang penyelesaian masalah darab dan bahagi mahu didaratkan pada akal mereka?


Jika mahu direzekikan walau sedikit daripada petunjuk2 untuk semasa dan masa depan, perbanyakkanlah maklumat2 berkaitan, kemaskini dan upgrade selalu. Jika mahu direzekikan walau sedikit daripada petunjuk2 dalam kesufian, perbanyakkanlah maklumat2 berkaitan, kemaskini dan upgrade selalu. Insya-Allah ada rezeki kita.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

11/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: