Saturday, June 24, 2023

Antara Panduan Ringkas untuk Melalui Zaman Akhir

USAHA DAN IKHTIAR


1. Dengan izin Allah, sebenarnya banyak perkara buruk yang tidak kita ingini itu boleh kita elakkan daripada berlaku atau kurangkan kesan buruknya jika ia berlaku sekalipun. Masalahnya - kita mudah terikut pemahaman tentang tawakal, usaha, ikhtiar dan husnu zon yang salah tetapi kita sangkakan sebagai betul.


2. Sedapkan dan tenteramkan hati itu memang bagus tetapi janganlah hendaknya sampai mengabaikan usaha dan ikhtiar, atau sampai melemahkan usaha dan ikhtiar. Dikhuatiri tanpa sedar kita sudah pun terlorong ke jalannya jabbariyah yang sangat berbahaya itu, atau kurang2 pun kita akan jadi pemalas dalam ummah. Moga dijauhkan.


3. Dengan izin-Nya, banyak khabar gembira boleh didapat dan banyak khabar buruk boleh dielak jika kita mengakui kesilapan lalu bertindak (berusaha & berikhtiar) dengan gigih.


FITNAH


1. Munculnya Mr. Djjl itu ada diisytiharkan. Tapi muncul fitnahnya itu tidak diisytiharkan. Tahu2 kita sudah berada di dalamnya. Tahu2 ia sudah berlaku tanpa disedari. Tahu2 kita sudah pun terkena. Dan banyak orang yang tidak menyedarinya pun sehingga ke akhir hayat mereka.


2. Apabila Mr. D menjajah, ia menjajah dalam segenap aspek kehidupan dan keagamaan. Ada manusia yang sedar dijajah dan ada yang tidak.


3. Pada akhir zaman khususnya zaman akhir nanti, para pemimpin, agamawan dan wirawan akan tersaring besar2an. Yang tinggal hanya sedikit lagi asing. Zaman fitnah Muktazilah dulu jadikanlah teladan kerana kali ini ia merupakan fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia. Fitnah Muktazilah itu pun kecil sahaja berbanding fitnah Mr D.


4. Kadang2 keselesaan boleh menjadi dadah kepada diri dan senjata ampuh kepada musuh. Kebanyakan manusia tidak sanggup untuk berpisah dan berjauhan dengan keselesaan. Sebaliknya mereka sanggup korbankan apa sahaja untuk keselesaan.


5. Selagi engkau belum terkena virus taksub, engkau masih boleh ditolong. Tetapi apabila engkau sudah terkena, hampir2 tiadalah lagi orang lain yang berdaya upaya untuk mengubahnya. Ketaksuban itu menghapuskan kewarasan. Kewarasan pula menghapuskan ketaksuban.


6. Berhati2lah dengan syaitan bangsa manusia kerana syaitan bangsa manusia itu memberi kesempatan kepada syaitan bangsa bangsa jin untuk berehat daripada letihnya menipu dan menyesatkan. - Imam al-Ghazali, Ihya' 'Ulumuddin


7. Dulu2 jika musuh nak kalahkan kita, mereka sorok strategi. Kini mereka pamer strategi kerana dah tentu kita tak akan percaya. Lebih mudah kerja mereka.


8. Perancangan jahat yang dipamerkan secara terlalu terang-terangan adalah lebih sukar untuk dipercayai sebagai benar.


9. Syaitan2 : "Seronok jumpa orang2 yang mudah ditakut2kan. Macam2 kami boleh buat untuk pekena atau guna untuk kepentingan kami."


10. Musuh tak suka jika kita tak panik kerana panik itu senjata mereka yang sangat terbukti berkesan. Mereka hantar panik dulu, baru ambil untung.


11. Kambing hitam yang sudah tersedar akan statusnya sebagai kambing hitam yang berisiko untuk disembelih, akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan dirinya walaupun dengan cara mengorbankan kambing2 putih yang lain. Yang penting, dirinya terselamat.


12. Banyak orang yang dijatuhkan dengan fitnah yang keji oleh orang2 yang keji kerana orang2 itu tak mahu sertai kekejian mereka.


13. Kita dibrainwash oleh diri (syaitan dalam diri) sendiri kononnya kemampuan kita hanya setakat ini dan ini sahaja. Padahal kita boleh pergi lebih jauh. Orang2 arif nampak potensi kita.


14. Kebenaran2 itu setiap hari melintas berulang-kali di hadapan mukamu cuma engkau yang tidak menggapainya kerana kedua2 belah tanganmu enggan melepaskan atau mengurangkan keduniaan yang sedang engkau pegang erat.


15. Selepas era PKP nampak banyak anggota masyarakat sangat bersungguh2 berhibur & berpesta, seolah2 melepaskan geram yang terpendam lama


16. Musim raya kali ini (2023) jumpa ramai betul orang yang sebelum ini sepasang tapi kini seorang - kerana kematian atau perceraian. Kita ambil pengajaran dan iktibar lalu menterjemahkannya ke dalam tindakan.


17. Biasanya orang yang menganiaya akan berlagak penyabar, budiman dan beriman berbanding orang yang dianiaya yang kelihatan tertekan. Jangan mudah terpedaya.


18. Tak pasti = maksudnya ADA JUGA TAHU cuma tidak yakin yang mana satu, tidak cukup kuat keyakinannya tentang sesuatu.

Tak tahu = maksudnya lebih rendah lagi daripada level TAK PASTI.


BERUBAT


1. Yang tak jadi perawat mungkin jarang2 mendapat khabar kematian dan sakit teruk. Bagi yang aktif merawat (pelbagai masalah kesihatan), agak selalu mendapatnya. Itu biasa. Tetapi tahun ini (2022) memang benar2 selalu.


2. Rawatan untuk orang yang mengalami tekanan perasaan ada beza dengan rawatan untuk orang yang hilang perasaan. Jenis kedua itu makin banyak.


3. Paku termasuk ke dalam tapak kaki, jangan harap pada ubat sapu2 sahaja. Pakunya kena dikeluarkan.


4. Air dan OKSIGEN ini ubat2 paling utama. Jika yang dua ini tak terurus dengan baik, memanglah macam2 penyakit akan sampai. Tapi kemudiannya engkau salahkan jin.


5. Umumnya apa yang kita tempah, itulah yang kita dapat. Apa yang kita tanam, itulah yang kita akan tuai.


MOTIVASI


1. Yang berilmu akhir zaman biasanya akan bertenang. Yang berilmu zaman akhir biasanya akan berjuang.


2. Biasakan banyaaak bersabar.

Kebenaran tak selalu segera keluar.

Ada kala di akhirat baru dikhabar.

Tenang2 sahaja jika engkau di pihak yang benar.


Menderita di sini tiadalah lama.

Menderita di sana tiadalah kau terkira.

Tetaplah engkau ikut agama.

Walau tinggal seorang cuma.


3. Daku lebih menyukai 1 orang yang teliti dalam berfikir dan bertindak berbanding 1000 orang yang hanya menerima, kurang mahu berfikir dan kurang mahu meneliti tapi cepat mahu bertindak.


4. Kita tetap MENGAJAK dan MENCEGAH walaupun ada orang2 tak suka kerana... Allah suka, Nabi suka, malaikat suka, guru suka.


5. Insya-Allah jika banyak pengorbanan maka banyaklah dapatan. Dapatan sementara di dunia ada, dapatan selamanya di akhirat pun jua.


6. Walau terbukti kita sudah benar berkali2 malah berturut2 pula, tetapi orang2 yang ego atau berkepentingan tetap tidak akan mengakui.


7. Malang sebenar malang itu apabila engkau cari yang benar, tahu yang benar, tetapi masih mempercayai yang bohong.


8. Fikir umat dan tindak umat? Jika fikir umat pun tak mahu, tindak umat lagilah tak ada. Tukang cerita, tukang komen, tukang kritik, tukang bising hal umat sangat banyak. Tapi tukang yang mahu buat kerja untuk umat... sangat kurang.


9. Hendak menyelamat dalam keadaan dikekang mulut, kaki dan tangan memang sangat sukar. Namun para pejuang tetap berusaha dan berikhtiar.


10. Para pembawa kebenaran semuanya ada mendapat tentangan. Engkau pula berharap hendak jadi pembawa kebenaran tetapi tanpa mendapat tentangan? Mana kan dapat sebegitu!


11. Jangan biasakan anak2 kita dan bawahan kita dengan diskriminasi. Dikhuatiri akan meresap ke jiwa dan menjadi budaya mereka. Sangat berbahaya.


12. Agama Islam lebih2 lagi ilmu tauhid dan sufi mentarbiah kita jadi berani maka kita cubalah2 belajar jadi berani. Jika masih tiada berani, sia2lah ilmu sufi.


13. Kebenaran tak selamanya dapat dinafikan. Ketidakbenaran juga tak selamanya dapat disorokkan. Orang2 yang bersabar akan mendapat kasih Allah dan pahala berterusan.


14. Kita sudah berada dalam hujan, buat apa nak sediakan payung? Kami tahu ia tak boleh hentikan hujan tapi boleh buatkan kami tidak/kurang terkena hujan.


15. Lama sangat berdiam membatu, khuatir jadi patung. Nanti tak mampu nak menguis walau seekor lalat di hidung.


16. Sibuknya dikau dengan khalifah (Al-Mahdi) yang akan datang sedangkan "khalifah" di dalam dirimu tidak kaubangunkan dan berjuang.


17. Kita terus ketinggalan kerana masih tak keluarkan "khalifah" yang di dalam diri. "Khalifah" kita masih tidur, berselimut, berselubung.


18. "Khalifah" sudah lama tersembunyi dan menikus dalam diri. Keluarkan ia agar dapat menanggung amanah, berfungsi dan beraksi.


19. Jika kita kambing, memang selayaknyalah kita disembelih. Tapi jika kita harimau, yang datang nak sembelih kita pun kita baham.


20. Abaikan kerja dan lepaskan tanggungjawab memang akan buatkan hidup di dunia terasa lapang, tapi hidup di akhirat akan sempit.


21. Tidak cukup sekadar mengumpul ilmu dan mengumpul tahu, tapi mestilah disertai dengan tindak laku.


22. Ringkasnya tidak semua fitnah terhadap kita berjaya kita luruskan ceritanya. Sabar, Allah tolong. Jika tidak di dunia, di akhirat pasti.


23. Antara TAKUT UNTUK BERUSAHA atau GAGAL DALAM BERUSAHA, takut berusaha lebih banyak membunuh impian berbanding gagal dalam berusaha.


24. Berani dalam kebenaran itu tidak menjanjikan bahagia, selesa dan disuka di dunia (bahkan mungkin akan derita, tiada selesa dan dikata sebagaimana sebahagian para nabi dan wali) tetapi insya-Allah di sana... "di hadapan-Nya". Yakin dan sabar - itulah dua sayapnya.


25. Belalang2 hanya sedikit dan tidak sekuat sekuat mana, cuma semut2 yang jauh lebih banyak itu tak sanggup untuk bangun bersama2.


26. Semut2 akan terus menjadi hamba dan permainan kepada belalang2 selagi semut2 tak bangun menolak belalang beramai2.


27. Jika kita dan anak2 kita sudah tersalah langkah, takkan kita nak biarkan cucu2 dan cicit2 kita meneruskan kesalahan itu juga?


28. Apabila kita kongsi atau promosi hal2 yang benar, secara tidak langsung kita juga sedang berusaha menenggelamkan hal2 yang tidak benar. Maka kita banyak2lah kongsi dan promosi hal2 yang benar.


29. Mengapa engkau tidak punya walau sedikit keberanian untuk terus mengatakan, 'Tidak!"? Sebaliknya engkau masih bicara berbunga-bunga, berlambat2, bertangguh2, berhelah2... itu semua mengundang padah.


30. Kumpulan manusia yang tak mahu cuba bangun berdiri walau dipijak berkali2, akan terus dipijak berkali2 lagi. Hanya untuk satu kali peluang, cubalah bangun.


DIRI SEMULAJADI


1. Taring2 semulajadi harimau sudah Allah jadikan agar berfungsi dengan baik lagi sempurna dalam segala keadaan yang berkaitan. Jangan taring2 itu dicabut lalu diganti dengan taring2 palsu yang belum tentu dapat berfungsi dengan sempurna sebagaimana yang asal.


2. Ada bahan2 yang masuk ke badan yang mudaratnya pada fizikal diri. Ada yang mudaratnya pada emosi. Ada yang mudarat pada kedua2nya sekali.


KUASA


1. Usaha dan ikhtiar kita hendak berharap itu biarlah kepada pihak2 yang boleh diharap. Kepada pihak2 yang sudah terbukti tidak boleh diharap, janganlah diharap2 lagi.


2. Ayam2 di seberang sungai dimakan musang sangat jelas di matanya tetapi lembu kambing di depan mata dimakan serigala dibuat2 tak nampak sahaja.


3. Zaman akhir ini, baik perang politik atau perang betul... selalu juga pada akhirnya ketua2 perang akan saling berjabat tangan malah ada yang berpelukan (sama ada secara terang-terangan atau secara gelap-gelapan), tetapi orang2 bawahlah yang akan merana kerana itu dan ini berkorban dan terkena. Maka hendaklah engkau pertimbang semula dengan bijaksana.


4. Kadang-kadang orang meletakkan engkau di sesuatu kedudukan bukan kerana engkau layak tetapi kerana mereka mahu mendiamkan engkau daripada berkata-kata dan bertindak. Kesempatan itu pun mereka gunakan untuk mencapai kepentingan-kepentingan mereka. Apabila mereka sudah mencapai matlamat, engkau pun tidak diperlukan lagi.


5. Permusuhan, huru-hara, perang boleh bermula melalui penipuan. Persahabatan, kedamaian dan kemajuan boleh dimulakan dengan menyatakan kebenaran.


6. Ada kalanya tidak peduli atau tidak bertindak itu sahaja sudah kezaliman.


7. Khabar2 daripada media2 dan orang2 politik itu kita jadikan MAKLUMAT, bukan untuk TERUS di"imani" dan dituruti.


8. Kita berjaya disibukkan dengan masalah yang penting2 lalu kita pun meninggalkan masalah2 yang lebih penting.


9. Umumnya pandangan dan panduan walau 1000 orang ahli hikmah, ahli falsafah atau cendekiawan negara tidaklah boleh djadikan pegangan dan panduan apabila mereka berkata2 dengan maharaja "sedang berdiri di sebelah" mereka. Tetapi pandangan walau seorang dua ahli hikmah, falsafah atau cendekiawan yang tiada sesiapa "yang mengikatnya", mungkin dapat membantu. (...zaman sebelum terciptanya senjata api)


10. Telah kosonglah zaman daripada mereka (ulama2 yang benar). Tidak ada yang tinggal kecuali orang-orang (yang disebut sebagai ulama) yang berbuat resmi-resmian. Kebanyakannya (yang dipanggil sebagai ulama itu) telah digoda syaitan dan terjerumus ke dalam kesesatan. Masing-masing telah tertarik dengan keuntungan yang dekat (di dunia ini) lalu mereka memandang yang baik sebagai buruk dan yang buruk sebagai baik. - Imam al-Ghazali, Ihya' 'Ulumuddin


11. Orang-orang (yang disebut sebagai ulama) itu berkhayal kepada orang ramai kononnya ilmu itu tidak lain daripada fatwa yang dipakai oleh para qadhi (ulama2 yang bekerja di bawah pemerintah) untuk menyelesaikan persengketaan ketika berkecamuk kezaliman. - Imam al-Ghazali, Ihya' 'Ulumuddin

 

Dihimpunkan pada 24/6/23


No comments: