Wednesday, June 14, 2023

Orang2 Agama yang Terpedaya

 

ORANG2 AGAMA YANG TERPEDAYA (Adakah Kita Termasuk Sekali? Jom Semak!)

- Petikan dan rumusan daripada kitab induk Ihya' 'Ulumuddin karya Imam al-Ghazali


1. Ada ilmuwan agama yang sibuk dalam hal ehwal fekah (ini bagus) tetapi terabai ilmu tasawuf (ini tidak bagus).


2. Ada ilmuwan agama yang sibuk dalam hal ehwal akidah (usuluddin, ilmu kalam) dan menyangkakan bahawa itulah jalan tertinggi untuk ma'rifatullah.


3. Ada ilmuwan agama yang banyak menghabiskan masa mereka dengan mengembara untuk berdalam2 dengan ilmu hadis tetapi meninggalkan ilmu yang menjadi fardhu 'ain iaitu tasawuf (tungku al-ihsan).


4. Ada ahli ibadah yang rajin mengerjakan yang sunat2 tapi tertinggal yang wajib2.


5. Ada yang bersungguh2 untuk khusyuk pada niat dan takbir solat. Kemudian selepas itu dia lalai dalam keseluruhan solatnya. Disangkakannya khusyuk pada niat dan takbir itu sudah acukup untuk menampung keseluruhan lalai dalam solatnya.


6. Ada orang2 yang tepedaya dengan jumlah khataman Al-Quran. Mereka terkejar2 untuk mengkhatamkannya tetapi tidak mencari kesempatan untuk mengambil tahu akan makna bacaannya. Al-Quran diturunkan bukanlah untuk dibunyikan bacaannya sahaja tetapi juga untuk diketahui isi kandungannya.


7. Ada orang2 agama yang terpedaya dengan ibadah haji dan umrah. Mereka sibuk ke sana tetapi tidak membayar hutang2, tidak menghiraukan halal haramnya wang yang diperolehi untuk mereka ke sana, dan ada yang mendahulukan naik haji sedangkan ibu bapanya sedang hidup dalam kesusahan.


8. Ada orang2 agama yang banyak amalan2 zahirnya seperti solat sunat dan bacaan Al-Quran tetapi tidak belajar dan mengamalkan ilmu tasawuf. Mereka menyangkakan amalan2 zahir itu dapat menyelamatkan mereka walaupun mereka memandang ringan akan amalan2 hati (tasawuf - al-ihsan). Kata Imam al-Ghazali, seberat biji sawi taqwa (salah satu amalan hati) adalah lebih utama berbanding berbukit2 amalan zahir.


9. Ada orang2 yang berasa lazat melakukan ibadah2 sunat tetapi kurang lazat melakukan ibadah2 fardhu.


10. Ada orang2 agama yang menyibukkan diri mereka dengan aliran2 fekah dan masalah2 khilafiyah sedangkan hatinya banyak berpenyakit.

 

11. Ada orang2 beragama (lelaki) yang mengelakkan daripada memakai sutera tetapi sebaliknya mereka mencari dan memakai pakaian yang lebih mahal lagi daripada sutera dan bersenang2 dengan kebagusannya.


12. Ada orang2 yang mendakwa mencapai ma'rifatullah lalu memandang hina kepada ahli2 fekah, ahli2 tafsir, ahli2 hadis dan lain2, apatah lagi terhadap orang awam.


13. Ada orang2 yang menidakkan hukum-hakam dan halal haram. Mereka melipatkan hamparan permaidani agama dan membolehkan segala sesuatu kerana kononnya mereka sudah mencapai suatu tahap tertentu dalam keruhanian. Halal haram itu tidak ada atau tiada bezanya.


Mereka meyakini bahawa mereka berbeza daripada orang awam lalu mereka tidak perlu lagi membersihkan hati melalui amal2 badaniyah (seperti perlakuan solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain) itu dan boleh melakukan yang halal atau yang haram. Cukuplah dengan amal hati sahaja, kononnya.


Ada yang meyakini bahawa amal perbuatan zahir itu tidak dipandang oleh Allah kerana yang hanya dipandang ialah hati. Maka tidak perlulah dilaksanakan segala tuntutan syariat. Cukuplah jika kita sudah ma'rifah akan Allah.


Mereka meyakini bahawa Allah tidak memerlukan pun segala amal2 makhluk-Nya. Lalu mereka pun tidak melaksanakan segala amal yang dituntut tersebut.


Ada yang meyakini bahawa kehendak nafsu syahwat itu Alah yang letakkan dalam diri. Jadi mengelak daripada memenuhi kehendak nafsu syahwat itu mustahil untuk dielakkan.


(*Golongan seperti ini pada zaman Imam al-Ghazali yakni hampir 1000 tahun yang lalu sudah banyak, apatah lagi pada zaman kita ini)


14. Ada orang2 agama yang mendakwa mencintai Allah sedangkan mereka belum pun mengenal Allah.


15. Ada yang mendakwa dirinya qana'ah dan bertawakal lalu mereka bermusafir ke sana sini dalam kehidupan ini dengan tidak berusaha dan berikhtiar untuk menyediakan perbekalan hidup. Perbuatan itu adalah bid'ah yang tidak dinukilkan daripada para sahabat dan generasi salaf.


16. Ada yang menyalurkan dana kepada golongan agama termasuklah kepada kaum sufi. Padahal wang dan harta mereka itu bersumberkan yang halal atau yang syubhat. Ada yang menggunakan harta itu untuk membuat tajaan ibadah haji.


Begitulah antara orang2 yang terpedaya. Cerita penuhnya bolehlah dirujuk dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin. Maka mengertilah kita sedikit-sebanyak akan sebab-musabab mereka sangat tidak suka untuk membuka atau dibukakan kitab Ihya' 'Ulumuddin ini.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

12/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

 


No comments: