Sunday, June 18, 2023

Terpedaya dengan Ajaran2 Bermasalah

 

Berkata Imam al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Cinta Allah, "Sebahagian daripada orang2 yang melakukan kebatilan (perbuatan2 yang salah di sisi agama) dan TERPEDAYA itu mendakwa bahawa perbuatan2 maksiat, kezaliman dan kekufuran itu adalah daripada qadha' Allah dan qadar-Nya. Oleh itu (mereka beranggapan bahawa) kita mestilah redha dengan qada' dan qadar itu. Ini adalah KEJAHILAN akan pentakwilan dan KELALAIAN akan rahsia2 syarak."


Bagi golongan itu (yang semakin banyak peminat mereka hari ini), buat hal2 yang salah itu atau meninggalkan hal2 yang diperintah itu OK2 SAHAJA kerana pada hakikatnya itu semua kerja Allah belaka.


Ingatkah kisah Iblis? Iblis dulu meletakkan kesalahan dirinya tidak mahu sujud kepada Adam ke atas Allah kerana Allah yang menentukan nasibnya sebegitu. Dia tidak merasa bersalah dan tidak memandang perbuatannya itu sebagai salah. Dia tidak diampunkan dan dilaknat selama-lamanya.


Nabi Adam pula sebaliknya. Walaupun baginda alim lagi arif bahawa kesilapannya itu merupakan ketentuan daripada Allah, tetapi baginda dan isterinya bersungguh2 bertindak memohon keampunan dan mahu membetulkan keadaan. Mereka mengakui kesilapan mereka lalu mereka diampunkan malah sangat dikasihi-Nya.


Kedua-dua Iblis dan Nabi Adam benar dalam menyandarkan ketentuan itu kepada Allah TETAPI berbeza dari segi TINDAKAN SELANJUTNYA. Oleh itu nasib mereka kemudiannya berbeza.


Kata Imam al-Ghazali, "Mereka berpendapat bahawa BERDIAM DIRI terhadap perkara2 mungkar adalah suatu maqam daripada maqam2 redha dan mereka menyebutnya sebagai bagus budi. (Sebenarnya) hal itu adalah KEJAHILAN semata2."


Bagi mereka, mengambil tahu dan bertindak terhadap hal2 yang salah itu tidak perlu, tidak baik, mengganggu orang dan seperti tidak redha dengan Allah. Hal2 salah yang mereka buat, orang lain jangan bersibuk2 dan jangan ganggu kerana mereka sudah ma'rifah kononnya. Iblis lebih dahulu ma'rifah tetapi lihatlah nasibnya bagaimana. Tetapi mereka lebih memilih tariq Iblis dalam bertindak berbanding tariq Nabi Adam as.


Kata Imam al-Ghazali, "Ketidaksukaan kepada perbuatan2 maksiat, kutukan kepada para pelaku maksiat, kutukan kepada punca2 maksiat itu dan usaha untuk menghilangkan maksiat itu melalui amar makruf dan nahi munkar juga TIDAK BERTENTANGAN DENGAN REDHA."


Bagi mereka pula, hal2 yang dipandang sebagai maksiat itu jangan kita cakap apa-apa, tidak boleh kita tidak suka kerana pada hakikatnya itu semua kerja Allah, tidak boleh dibuat sesuatu (ditegur, dinasihat, dibantah, dipujuk, dimarah, ditangkap, didenda dsb), tidak perlu dihilangkan maksiat2 itu dan sesiapa yang cuba bertindak dikatakan sebagai tidak redha, menolak takdir, tidak ma/rifah, tidak faham tauhid, dsb.


Sebab itulah kitab Ihya' 'Ulumuddin ini bukan sahaja sangat dibenci oleh para penganut ajaran V6-3 (Syiah Rafidah) dan V6-4 (Salafi Wahhabi), tetapi juga oleh ajaran2 V6-5 (ajaran2 sesat, batiniyah, falsafah dan yang seumpama dengannya) yang selalu berselindung di sebalik istilah2 mulia seperti tasawuf, sufi, tarekat, ma'rifah dan lain-lain. Mereka sangat tidak suka jika kitab Ihya' dibuka dan dipelajari kerana akan nampak jelas kesalahan2 pegangan mereka. Kalau boleh, biarlah kitab Ihya' tidak dibuka lalu dilupakan. Maka akan lebih selamatlah "ma'rifah" mereka dan teruslah berduyun2 orang mengakui ajaran mereka.


Semoga kita tidak termasuk ke dalam golongan yang mudah2 terpesona dan terpedaya dengan ajaran2 sebegitu. Biasanya manusia dan jin yang mahu bermudah2, mahu bercepat2, dan mahu berhebat2 akan mudah terkena dan terpedaya.

R4'S (R-Force) ialah sebaik2 perkumpulan. Kita ikuti sahaja "keadaannya" mereka.

R = Rasulullah saw

4 = Empat orang sahabat paling utama (Saiyidina Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali)

S = Sahabat2 utama yang lain (seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Huzaifah ibnu Yaman dll)


Selain Rasulullah saw, merekalah maharaja2 para wali Allah. Tidak ada yang seumpama mereka. Kita contohi sahaja amalan2 zahir dan amalan2 batin (hati) mereka.


18/6/23

No comments: