Saturday, June 10, 2023

Sekiranya Diizinkan-Nya Kembali Merawat

 

Dulu2 (sejak 2005) sahaya merawat, biasanya sahaya akan lihat petanda2 masalah kesihatan pada 5 perkara iaitu keadaan/cara datang (sekiranya sempat), keadaan wajah, mata, lidah dan tapak tangan. Kemudian dibacakan ruqyah, doa dan bacaan2 berkaitan. Selepas itu barulah diberikan amalan dan penerangan tentang bahan2.


Antara meneliti keadaan pesakit ketika datang dan meneliti dalaman mata, ada satu lagi proses iaitu bertanya kepada pesakit atau jurucakapnya tentang masalah yang dihadapi, rawatan yang pernah dilalui dan secara umum lagi ringkas tentang bahan2 / ubat2an yang pernah diambil.


Tetapi sejak 2021, sahaya bertanya dengan lebih terpeinci tentang :

1. Apa ubat/bahan yang pernah diambil?

2. Apakah jenis atau jenamanya (sekiranya ada)?

3. Bila diambil?

4. Berapa kerap, sebanyak mana diambil?


Hal ini kerana maklumat2 tersebut sangat diperlukan untuk sahaya menilai tahap keafiatan tubuh badan, akal dan jiwa pesakit, menyesuaikan kaedah dan bahan rawatan, menilai sama ada ilmu dan kebolehan serba-sedikit yang Allah izinkan ini mampu atau tidak menambah baik keadaan si sakit, serta sejauh mana pesakit boleh dilebihbaikkan dan disembuhkan.


Pada April 2022, sahaya henti terus perubatan Ikhtiar Muslim. Entah bila boleh disambung semula. Mungkin tidak lagi sampai ke akhirnya. Tetapi perkembangan zaman akhir semasa khususnya dalam seminggu ini nampaknya macam (baru macam, belum betul2) membawa ke "sinar di hujung terowong". Wallahua'lam.


Katakanlah sekiranya suatu hari atau suatu tahun nanti sahaya dapat aktif semula melakukan perkhidmatan perubatan nabawi, 4 soalan di atas tadi tetap menjadi keutamaan.


9/6/23

No comments: