Imam al-Ghazali menulis dalam Ihya'nya : Ketika Umar r.a meninggal dunia, Ibnu Mas'ud pun berkata, "Sesungguhnya sudah matilah 9 daripada 10 ilmu (dengan meninggalnya Saiyidina Umar itu)."
Apakah ilmu yang dimaksudkan itu? Ilmu tajwid? Ilmu melagukan Al-Quran? Ilmu hafazan Al-Quran? Tidak, kerana ilmu2 sedemikian semakin bertambah.
Ilmu fekah? Ilmu hukum-hakam? Ilmu usul fiqh? Semuanya semakin bertambah sehinggalah ke hari ini.
Ilmu ekonomi Islam? Ilmu siasah Islam? Ilmu budaya Islam? Ilmu perang Islam? Semua makin bertambah dari semasa ke semasa.
Ilmu menghafaz hadith? Ilmu mustalah hadith? Semua makin maju.
Ilmu falak? Ilmu hisab (matematik)? Ilmu sains? Dari hari ke hari makin berkembang.
Jadi, ilmu apakah yang 90% sudah mati dengan meninggalnya Saiyidina Umar itu? Kata Imam al-Ghazali, itulah ilmu "tentang" Allah SWT.
Yang saling berkait rapat bahu-membahu dalam hal ini ialah ilmu 'aqidah, tauhid, tasawuf dan yang seumpama dengannya. Disebut juga sebagai ilmu keRUHanian, ilmu keTuhanan, ilmu sirr dan sebagainya. Apabila meninggalnya para wali Allah dan para ulama, inilah ilmu utama yang turut terkubur (diangkat) bersama2 jasad mereka kerana para pewarisnya terlalu sedikit dan orang2 yang mahu menuntutnya juga sangat sedikit.
Semoga sisa2 ilmu ini masih sempat untuk kita mendapatkannya walaupun sedikit sementara masih hidup ilmuwan2 yang ahli tentangnya dan sementara kita sendiri masih bernyawa.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
2/6/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment