Sahaya bertanya kepada beberapa kumpulan remaja dalam beberapa hari. Dapatannya sahaya kumpulkan. Maka hasilnya lebih kurang disimpulkan begini sahajalah :
Ikut agama tak berapa seronok.
Tak berapa ikut agama baru selalu dapat seronok.
Ikut agama tak berapa ramai orang nak berkawan.
Tak berapa ikut agama baru senang dapat ramai kawan.
Ikut agama tak berapa boleh bebas.
Tak berapa ikut agama baru ada banyak ruang nak bebas2.
Ikut agama susah nak dapat yang happening2.
Tak berapa ikut agama selalu dapat yang happening2.
Ikut agama asyik nak kena jaga adab sopan.
Tak berapa ikut agama baru boleh buat gila2.
Ikut agama susah dan jarang2 nak ada job.
Tak berapa ikut agama memang selalu ada job.
Ikut agama susah orang nak ajak ke mana2.
Tak berapa ikut agama selalu orang semawa.
Ikut agama nampak macam orang tua.
Tak berapa ikut agama baru nampak muda dan trend semasa.
Ikut agama nak kena jaga skema.
Tak berapa ikut agama baru boleh hu ha hu ha.
Ikut agama susah orang nak puji lawa.
Tak berapa ikut agama selalu orang puji puja.
Inilah antara penyebab kebanyakan daripada mereka kurang berminat atau tidak berminat untuk betul2 mengikut aturan2 agama dalam kehidupan sehari2.
5/6/23
No comments:
Post a Comment