Sunday, June 11, 2023

Mengejar Semula yang Terlewat

 

Apabila manusia sudah terlepas sesuatu yang sangat berharga dan mereka berniat untuk mengejarnya semula, kita akan dapati terdapat beberapa golongan sebagaimana di bawah :


1. Dia akan mengejar melalui jalan biasa tetapi DILAJUKANNYA sedikit kenderaannya. Dia juga mengurangkan masa rehat dan masa makan minumnya. Jika orang lain biasanya boleh tiba dalam masa 20 tahun, insya-Allah dia boleh tiba dalam masa 7-8 tahun sahaja, sekiranya masih ada usia. Ini jenis yang TERBAIK. Kuat usaha dan kuat pengorbanannya.


2. Dia akan mengejar melalui jalan biasa dan KELAJUANNYA PUN BIASA2 juga. Masa rehat dan masa makan minumnya biasa2 juga. Maka dia berpeluang untuk tiba ke destinasi dalam masa 20 tahun, sekiranya umur masih panjang. Ini jenis yang BAIK. Agak kuat usaha dan pengorbanannya.


3. Dia akan mengejar melalui jalan biasa tetapi KELAJUANNYA KURANG daripada biasa2. Maka dia juga berpeluang untuk tiba ke destinasi tetapi dalam masa yang lebih lama. Mungkin dalam 30-40 tahun, sekiranya masih ada umur. Ini jenis yang AGAK BAIK. Lemah usaha dan pengorbanannya.


4. Dia tidak mengejar pun, sekadar ada angan2 untuk mengejar. Dia TIDAK BERGERAK daripada posisi asalnya. Maka sampai bila-bila pun dia tidak dapat sampai ke destinasi walau hidup ribuan tahun. Ini jenis yang MALANG. Tiada usaha dan tiada pengorbanan.


5. Dia mengejar melalui jalan yang tidak biasa, iaitu JALAN PINTAS untuk cepat "kaya". Dia mungkin bergerak laju tetapi tanpa disedarinya penghujung haluannya tidak lagi ke destinasi asal tetapi sudah tersimpang ke tempat lain. Ini jenis yang LEBIH MALANG. Lemah usaha dan lemah pengorbanan.


Maka dalam mengejar semula sesuatu yang kita sudah terlepas atau kerugian, hal itu bergantung kepada sejauh mana atau sebanyak mana yang kita mahu kejar. Kemudian kita bolehlah memilih antara usaha dan ikhtiar yang nombor 1, 2 atau 3. Elakkan yang nombor 4 dan jangan sesekali yang nombor 5.



Biar laju asalkan selamat.

Jangan TERLALU laju nanti mudarat.

Biar lambat asal selamat.

Jangan TERLALU lambat nanti tak dapat.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

11/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: