Dulu2 orang tidak suka akan kita, benci akan kita, dan mengelak daripada mendengar kata2 kita, tapi mengapa kita berterusan juga berusaha dan ikhtiar untuk menyampaikan kepada mereka (sekadar yang kita termampu)?
Kerana 8 BANGSA MENCINTA yang ditarbiah dalam Tariq Ghazaliyah ini sudah tertanam dan bercambah dalam diri kita. Kita dididik supaya berusaha untuk bukan sahaja sampai ke peringkat tahu, peringkat akui dan peringkat suka, tetapi naik sampai ke peringkat cinta yakni:
1. cinta akan Allah
2. cinta akan Kitabullah
3. cinta akan Rasulullah
4. cinta akan as-sunnah
5. cinta akan diri
6. CINTA AKAN UMMAH
7. cinta akan ibadah
8. cinta akan DAKWAH
Umumnya walau bagaimana pun layanan dan penerimaan mereka, kita tetap berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk menyampaikan, setakat yang kita termampu, kerana kita MENCINTAI mereka yakni mencintai UMMAH. Mencintai ummah ini pula merupakan perintah Kekasih kita Allah SWT dan kekasih-Nya Rasulullah SAW.
*Petikan pengisian halaqah usrah Ghazaliyah Kumpulan 1 kali ke-67 pada 9 Jun 2022
11/6/23
No comments:
Post a Comment