Saturday, June 10, 2023

Mimpi Gunung Pokok Pisang Terbaru

 

Pada 24 November 2022 lalu sahaya ada mendapat satu mimpi. Mimpi itu sahaya tuliskan dengan tajuk "Mimpi Keajaiban di Gunung Pokok Pisang". Mimpi itu boleh dibaca semula di sini : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/11/mimpi-keajaiban-di-gunung-pokok-pisang.html .


Kemudian pada 26 November 2022, sahaya menjawab satu persoalan oleh seorang wanita berkaitan mimpi tersebut. Soal jawabnya boleh dibaca di sini : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/11/pertanyaan-tentang-mimpi-gunung-pokok.html


Dalam jawapan itu ada sahaya nyatakan : "Tujuan diposkan tu supaya sebahagian orang2 yang membacanya akan memperolehi satu tapak asas untuk memahami hal2 akan datang. Insya-Allah nanti mereka akan lebih mudah untuk memaham dan bertindak berpandukan tapak asas yang sudah diinstall awal2."


Yang terkini, pada Sabtu 3 Jun 2023 lalu, sahaya menjalankan satu halaqah usrah bagi sekumpulan pengamal Tariqah Ghazaliyah. Kebetulan pada malam itu dalam sembang2 selepas halaqah, ada dihuraikan maksud mimpi ini. Pada malam itu juga kemudiannya sahaya bermimpi tentang gunung pokok pisang itu lagi. Dari kemuncaknya yang dilitupi kabus atau awan itu, terdengar riuh bunyi burung2 hitam lagi, seakan2 sedang naik semangat mereka untuk meluru keluar bagaikan ribut. Ternampak beberapa ekor burung sudah pun keluar dan terbang di sekitar kemuncak gunung tersebut. Tamat.


10/6/23

No comments: