Monday, June 5, 2023

Syaitan2 Usaha Halang Manusia Belajar

 

Syaitan2 daripada kalangan jin dan daripada kalangan manusia akan berusaha sedaya upaya agar kita tidak belajar ilmu2 agama. Jika ada belajar pun biarlah dalam skop yang sempit atau belajar ilmu2 tertentu sahaja. Allah turunkan 4 fardhu agama, belajar satu rukun cukuplah. Jibril datangkan 4 fardhu agama, amal dua sudahlah. Pelbagai helah dan alasan akan mereka bentangkan dan rasukkan agar kita tidak pergi lebih jauh, lebih maju, lebih luas, dan lebih seimbang.


Kadang2 mereka datang dalam rupa yang buruk, kadang2 mereka datang datang dalam rupa yang nampak baik. Sesekali mereka datang dalam rupa ahli maksiat, sesekali mereka datang dalam rupa agamawan. Ada kala mereka datang sebagai musuh, ada kala mereka datang sebagai kawan. Lagi sedikit skop kita, lagi mereka suka. Lagi sempit juzuk2 kita, lagi mereka bahagia. Jika kita tidak bergerak2 atau lambat sangat bergerak, lagilah mereka ceria.


Mereka berusaha agar kita percaya yang kita memang tidak sesuai mencari lebih lagi, mencari lebih lagi itu adalah berbahaya, atau membuang masa, atau tiada keperluan, atau tak berapa penting, dan sebagainya. Jangan kita terjebak dengan permainan mereka.


3/6/23 

 

May be an image of grass and tree

No comments: