Saturday, June 24, 2023

MImpi dan Sisa2 Kenabian

 

Rasulullah saw bersabda : "Mimpi baik yang berasal daripada seorang yang soleh adalah satu juzuk daripada 46 juzuk kenabian." (Bukhari, Muslim)


Sabda Rasulullah saw : "Apabila telah hampir zaman (AZ-ZAMAN), mimpi seseorang yang beriman itu hampir2 tiada dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian." (Bukhari)


Suatu ketika Rasulullah saw menyingkap tirai, dan kepalanya dililit dengan kain kerana sakit (kain berlilit di kepala itu bukanlah serban) -yang akhirnya menyebabkan baginda wafat lalu baginda bersabda: "Ya Allah, telah kusampaikan - tiga kali -, sesungguhnya tidak tersisa lagi khabar kenabian kecuali mimpi yang benar, yakni mimpi yang dilihat seorang muslim atau diperlihatkan kepada seorang hamba.'' (Ibnu Majah, An-Nasa'i)


Nabi saw bersabda : "Yang paling benar dalam kalangan kamu ialah orang yang mempunyai mimpi yang paling benar (menjadi nyata).” (Bukhari, Muslim)


Rasulullah saw bersabda : "Orang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar pertuturannya." (Muslim)


Rasulullah saw bersabda : "Mimpi itu ada tiga jenis: 1. Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam. 2. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia sewaktu jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur. 3. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian." (Ibnu Majah)


Juga dalam satu riwayat lain, : “Sesungguhnya risalah dan kenabian (nubuwwah) itu sudah terhenti. Tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepasku, tetapi akan kekal al-mubassyiraat (busyro, khabar gembira).

Para sahabat bertanya: Apakah al-mubassyiraat itu?”

Jawab Baginda: "Mimpi orang muslim 1 bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.” (Abu Ya'la)


Abu Zulfiqar al-Amsyari

24/6/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: