Sunday, March 26, 2023

Kesembuhan Melalui Khidmat

 

Sekiranya kita ada tersalah langkah,

lalu kita berusaha mengingatkan

dan menyelamatkan orang2 lain

sama ada yang sudah tersalah langkah

atau yang belum tersalah langkah,

insya-Allah hal itu boleh juga menjadi asbab

kepada pelepasan masalah2 kita

dan kesembuhan penyakit2 kita.


Allah boleh mendatangkan

pelepasan dan kesembuhan

melalui pelbagai cara yang dikehendaki-Nya.

Ada yang melalui doa, ada yang melalui taubat,

ada yang melalui rawatan, ada yang melalui ubat,

ada yang melalui dakwah, ada yang melalui jihad,

dan ada yang melalui khidmat kepada sesama umat.


19/3/2023

No comments: