Aku : Aku punya ramai kawan baik. Jika hendak aku senaraikan, jumlah kawan2 baik sahaja tidak cukup satu muka surat. Itu belum dicampur dengan kawan2 yang agak baik dan kawan2 biasa.
Suara : Alhamdulillah. Syukurlah, ramainya. Engkau orang yang bertuah. Tahniah.
Aku : Ya. Terima kasih.
Suara : Engkau tahu 4 tungku (tiang, pasak, mata angin) agama atau 4 rukun agama?
Aku : Yang mana satu?
Suara : Yang Allah ajarkan kepada Jibril, lalu Jibril ajarkan kepada Rasulullah, lalu Rasulullah ajarkan kepada para sahabah, lalu berterusan sanadnya sehingga ke akhir ummah? Keempat2nya bersatu tiada pernah bercerai lagu berturutan dalam hadith Jibril?
Aku : Hadith Jibril? Biasa dengar.
Suara : Baiklah. Antara kawan2 baikmu itu, ada tak yang sekiranya engkau terlencong dari segi tungku al-iman ('aqidah, ilmu kalam, usul ad-diin, tauhid aqal), dia berkebolehan untuk mengesannya dengan cepat dan mampu meluruskannya?
Aku : ... (Err...rasa macam tak ada...)
Suara : Antara mereka ini, ada tak yang jika kamu tersilap dari segi tungku al-islam (fiqh,hukum-hakam, usul fiqh), dia boleh betulkan?
Aku : .... (Kurang sangat. Kalau ada pun, tahu sikit2 je. Semua lebih kurang macam aku juga. Yang lebih tak tahu ramai le)
Suara : Ada tak yang seandainya kamu terhijab dari segi tungku al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah), dia boleh bantu singkapkan?
Aku : ...... (Lagilah tak ada)
Suara : Ada tak yang sekiranya kamu tergelap dari segi tungku al-sa'ah (akhir zaman, zaman akhir, zaman fitnah, zaman kehalifahan, zaman selepas kekhalifahan, hari2 akhir dunia, hari kehancuran, kerelevanan tindakan qalbu dan tindakan jasadiah mengikut zaman), dia dapat bantu cerahkan?
Aku : ........... (Tak ada juga...)
Suara : Sekiranya tiada, kenalah usaha diadakan. Sekiranya ada tetapi sangat kurang, kenalah ditambahkan. Apalah ertinya kawan baik seribu jika tiada yang sebegitu sekurang2nya satu?
Aku : (Berfikir-fikir...) Benar katamu. Insya-Allah akan aku usahakan.
9/3/23
No comments:
Post a Comment