Belajar sufi ibarat belajar silat.
Yang HANYA KEJAR majlis besar2,
sangat bagus dan beroleh manfaat,
cuma kuranglah LEBIHAN ILMU didapat.
Kala beramai2 dan berpadat2,
sangat bagus dan beroleh manfaat,
cuma ilmu yang dalam2, halus2, tinggi2 dan berat2,
kuranglah disurat atau disirat.
Guru2 tak membuka lebihan ilmu dan petua
di depan umum dan masyarakat.
Namun mereka keluarkan intan permata
ketika kurang hadirin dan hadirat.
Dalam kitab induk Ihya'nya
Imam al-Ghazali beri amanat.
Biasanya majlis sufi
ahlinya tidak lebih 10 kerat.
Di situlah banyak pengkayaan
disurat dan disirat.
Kabinet Wali Songo juga 9 kerat.
Hawariyun Nabi Isa,
berapalah sangat?
Teruslah ke himpunan yang besar2
yang ramai tokoh2 bertempat,
tetapi utamakan dan kejarlah
halaqah2 khusus yang dibuat.
Suasana dan skala memang bermanfaat
cuma isinya lebih umum dan kurang padat.
Jika mahu yang lebih cermat
di lingkaran2 kecillah terpenuh hajat.
3/3/23
No comments:
Post a Comment