Thursday, March 2, 2023

Sampailah Zaman Anak2 Murid Pula

 

Saya mula menyampaikan ilmu2 aqidah dan tasawuf pada tahun 1997. Ketika itu penyampaian dibuat dalam halaqah2 dan majlis2 kecil. Mulai tahun 2007 barulah saya menyampaikannya kepada umum yakni di masjid2, surau2 dan di program2 lain. Di rumah pun ada. Ketika itu saya masih punya banyak ruang masa dan sesiapa sahaja boleh datang menuntut ilmu. Pendek kata, peluang sentiasa terbuka.


Namun setelah 25 mengajar (2021), ruang yang ada jadi sangat sempit. Boleh dikatakan hampir2 tiada ruang lagi untuk menyampaikan kepada pelajar2 baru. Hendak tumpu kepada pelajar2 lama pun selalu juga tidak berkesempatan. Beberapa kali program terpaksa ditangguh atau dibatalkan sahaja.


Jadi, ketika itu saya berfikiran bahawa mungkin sudah sampai masanya orang2 baru kena mengambil ilmu2 tersebut daripada anak2 murid saya. Saya memang tidak mampu untuk menyediakan masa kerana sudah tidak nampak celah2 yang boleh saya lapangkan. Setelah suku abad "pintu" sentiasa terbuka luas, kini pintunya masih tetap terbuka juga cuma "ruang dalamnya" sudah tidak boleh dimasuki tambahan orang lagi.


Bagi hamba2 Allah yang ada berhajat, terpaksalah saya lorongkan kepada murid2 saya. Itu pun sementara ruang masa mereka juga masih ada kelapangan. Sekiranya suatu hari nanti "ruang rumah" mereka juga sudah penuh, mungkin orang2 baru ketika itu kena mengambil ilmu daripada cucu2 murid pula. Sementara masih ada peluang.


Masalahnya bukan kerana saya tidak mahu, tetapi kerana sudah tidak ada ruang masa yang dapat saya peruntukkan, melainkan saya punya lebih daripada 24 jam dalam sehari.


Insylh bagi orang2 baru yang mahu bertemu dengan saya atas urusan ilmu2 dan amal2 Tariqah Ghazaliyah (aqidah, tauhid, tasawuf dsb), pada tahun 2023 ini saya buka satu hari sahaja iaitu pada Sabtu 4 November 2023 di Taiping. Sebelum PKP dulu, biasanya saya buka dalam 40 kali setahun. Yang mahu lebih awal daripada itu bolehlah berhubung dengan Tuan Abu Ihsan di Jerantut (mengikut masa dan kelapangannya). Boleh mengambil Tariqah Ghazaliyah daripada beliau juga. Yang sekadar mahu sembang2 sekitar Tariqah Ghazaliyah, boleh diaturkan pertemuan dengan beberapa orang lagi pengamal lama Ghazaliyah (mengikut masa dan kelapangan mereka).


Sepanjang bulan Februari lepas pun masih ada lagi yang minta agar dibuat pengajian semula, dibuat pengajian baharu, minta dibuka halaqah usrah baru, minta dibuat kuliah khusus, minta ambil tarekat - yang bermaksud semuanya secara berhadapanlah, tidak dapat saya penuhi. Jika mahu juga, kenalah dilorongkan kepada murid2 saya. Begitulah keadaannya.


1/3/23

No comments: