Thursday, March 2, 2023

Makan Minum Boleh Menempa Jiwa dan Emosi

 

Makanan boleh menempa jiwa dan emosi.

Minuman juga boleh menempa jiwa dan emosi.

Apa sahaja yang masuk, termasuk atau dimasukkan

ke dalam tubuh badan,

boleh menempa jiwa dan emosi.

Maka sangat berhati2lah

dengan apa yang masuk, termasuk atau dimasukkan.


Biasanya tidak stabil atau kacau-bilau jiwa dan emosi itu

(masalah mental dan gangguan misteri)

(mendengar bisikan2, ternampak bayangan2)

(tiba2 takut, marah, sedih, putus asa, blur atau lain2)

akan terus dikaitkan dengan

jin, sihir (buatan orang) dan hal2 ghaib lain.

Tapi sebahagiannya pendek kata

tidak berkait pun dengan semua itu.

Sebab itulah walau dirawat, diubat,

diruqyah, dijampi dan sebagainya

tapi tidak juga sembuh2.

Malah ada yang semakin melarat.


Jika merawat bukan dengan rawatannya,

mengubat bukan dengan ubat2annya,

maka hampir2 mustahillah untuk mendapatkan

kesembuhan atau banyak pengurangannya.


Sesungguhnya jiwa dan emosi itu sendirilah

asas kepada kesembuhan

sambil disertai dengan hal2 yang selepas asas.


- pelajaran tasawuf sufi dan perubatan Islami.


2/3/23

No comments: